You are currently viewing Faktor-Faktor Kejayaan Relaktasi

Faktor-Faktor Kejayaan Relaktasi

May be an image of one or more people, hair and text that says "FEED BY UMMI NAJLA Faktor- Faktor Kejayaan Relaktasi •Usia Usia Bay Kuantiti Pengeluaran Susu Sebelum Berhenti Kesediaan Ibu Tempoh Lama Bayi Berhenti Menyusu daripada Ibu Tempoh Lama Bayi Menyusu pada Payudara Ibu DESIGN BY: masy sam"

Ramai ibu yang terkesan kerana pandemik ni dan ramai ibu yang berusaha nak menyusukan bayi semula.

Ibu-ibu boleh lakukan relaktasi (proses mengadakan semula susu) walaupun dah berhentikan penyusuan sebelum ini.

Ada beberapa faktor kejayaan relaktasi.

1. Usia Bayi

Ibu perlu memujuk bayi untuk kembali menyusu dan ibu juga perlu mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah tiada), atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu berkurangan).

Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi. Jika usia bayi melebihi 6 bulan, masih boleh berusaha untuk relaktasi.

2. Kuantiti Pengeluaran Susu sebelum berhenti

Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dulu, ada kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.

Jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mengeluarkan susu semula kerana kekurangan susu dulu mungkin disebabkan kesilapan teknikal.

3. Kesediaan Ibu

Relaktasi memerlukan persediaan yang rapi dari segi mental dan semangat yang kuat daripada ibu. Kebiasaannya, ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur.

Tawarkan puting payudara ibu kepada bayi ketika bayi keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk dan dalam keadaan bilik yang gelap.

Ibu perlu mengambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra.

4. Tempoh Lama Bayi Berhenti Menyusu daripada Ibu

Semakin lama tempoh bayi berenti menyusu, semakin susah untuk memujuknya kembali menyusu pada payudara ibu.Kerana bayi sudah biasa dan selesa dengan penyusuan botol dan susu formula.

Namun, ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi..Walaupun tidak berjaya menyusu secara eksklusif, tetapi sekurang-kurangnya penyusuan sedikit lebih baik daripada tiada langsung.

5. Tempoh Lama Bayi Menyusu pada Payudara Ibu

Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu pada payudara ibunya, semakin mudah untuk memujuk menerima susu ibu semula. Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif selama 4 bulan, adalah lebih mudah untuk ibu menyusukan bayi semula.

Image result for gambar relaktasi

Untuk info tambahan TIPS RELAKTASI, ibu boleh rujuk post di sini ??????https://www.facebook.com/1790216991196931/posts/2554005268151429/?d=n.

Sumber : Penyusuan Ibu, Cetusan Laktasi dan Relaktasi. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2017.