Da vogue delicious olala~

Assalammualaikum w.b.t
Tajuk tu nama resepi aku k. Aku tak tahu nak bagi nama resepi ni apa. So, aku pun hantam sajalah. Siapa yang tengah berdiet (macam aku), bolehlah cuba resepi ni.

Da vogue delicious olala~

Atas tu ada ikan salmon, cendawan, baby carrot, asparagus, sayur (apa ye nama sayur ni?), dan brown rice.
Ikan salmon tu aku just lumur dengan bawang putih dan halia yang diblend kering, lepas tu tambah garam, pepper sikit and sos perasa. Then, panggang.
Semua jenis sayur tu aku kukus je. Beras perang tu masak macam biasa. Kalau nak sedap tambah garam sikit. Tapi aku tak letak pun.
Cendawan tu aku tumis dulu dengan bawang besar dan bawang putih (chopped dulu), pastu aku letak satu scoop susu tepung, secawan susu cair and mozarella cheese. Tambah sikit garam buat perasa.
And then, hidang. Yummy!
Alhamdulillah rezeki Jumaat, masih lagi mampu untuk mendapat rezeki makanan dan masih ada keupayaan untuk makan. Sama-sama kita audit diri 🙂

This Post Has 3 Comments

  1. zuliana abd rahman

    Kalau tak silap Kak yana, tu sayur pak choi.Batang dia pendek jer kan.Kalau kukus then curah kuah oyster sauce + garlic pun sedap Nad.

    Ikan salmon tu nampak mengujakan.Kak Yana baru beli 2 slice semalam tapi tak masak lagi.Tak tahu nak masak apa sebenarnya.Bila tengok lauk Nad nie, rasa macam nak tiru lah (^_^).

    Oh ya, beras perang tu rasa apa ye Nad?sama mcm beras putih jugak ke?

  2. Feed by Ummi Najla

    Uii… Sedapnya bygkan tambah oyster sauce + garlic tu.. Malunye nad bila chef k.yana memberi comment. Hihi.

    Oo, pak choi yek. Ok, nad akan igt spi bile2. Brown rice tu tak rasa apa2 sangat. Tawar je kot compare dengan nasi biasa tu.

  3. Anonymous

    sedapnya ibu masak

Comments are closed.