Hasil 6x sesi perahan. Ada yang sekali perah dapat 1-2oz, ada yang dapat 3oz. Seterusnya dapat 1-2oz tu Kak Nad campur letak dalam 1 botol je. Semua ni chilled EBM
Susu berbeza sesi boleh dicampur dengan syarat; susu sesi berikutnya disejukkan dahulu. Bila susu kedua-dua sesi dah sama suhu / sama sejuk, barulah boleh campur.
Memandangkan pengasuh bagi tahu, baby Nur Khadijah dah tak minum banyak (biasa sebotol Kak Nad letak 4oz), dan selalu minum separuh je, sekarang Kak Nad cuma bekalkan 4 botol x 3oz je di samping bekalan makanan yang lain.
Sesi perahan still macam biasa. Kak Nad masih perah 3x sehari kat tempat kerja dan dalam kereta semasa menuju ke tempat kerja. Sekarang tengah period, lagilah tak boleh miss sesi perahan.
Alhamdulillah, dapat 3oz tu dah kira banyak untuk baby Kak Nad yang dah 21 bulan.
So mommies yang lain, susu meriah bukan ukuran untuk seseorang itu berjaya dalam penyusuan susu ibu. Walaupun hasil perahan mommies sedikit, tapi percayalah yang ia mencukupi untuk anak mommies. Yang penting CUKUP untuk anak.
Ok, selamat mengepam ya mommies ?
Untuk posting asal boleh tekan di link ini
Jom baca artikel seterusnya !
Kepentingan Ilmu penyusuan susu ibu
boleh tekan di link ini
saya nak tanya klu susu perahan kat chiller dah tercampur dgn susu baru perah dan tidak disejukkan dlu… masih boleh digunakan lagi ke x..