Buku Baru 2013

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah, kita masih lagi mampu untuk terajui tahun 2013 dengan sejuta impian dan harapan.
Azam aku untuk 2012 rasanya sudah tercapai sebahagiannya kecuali dua;
1. Beli rumah depan masjid (di Kulai).
2. MENGANDUNG lagi.
Jadi aku rasa, tak salah kalau Azam 2012 yang tidak tercapai dibawa ke tahun 2013 dengan sedikit pembaharuan dan penambah baikan. Insya-Allah, azam ini pasti menjadi kenyataan.
 
 
Azam 1 : Baby bump 2013
Semua tahu aku memang berhasrat untuk menimang cahaya mata lagi.
 
 
 
Jadi, azam ini aku teruskan untuk tahun baru ini. To be honest, semua yang aku minta dari Allah diberikan-Nya except dua yang aku sebut di atas. Aku tak pernah kesal kenapa Allah masih tak beri rezeki itu untuk tahun 2012 sebab aku yakin, dan sangat yakin, ada sebab dan hikmah kenapa Allah belum tunaikan impian yang satu itu. Dan insya-Allah, Allah akan berikan juga. Yang penting, aku perlu sabar dengan setiap ujian yang diberikan-Nya.
 
 
Azam 2 : Time Management
 
 
Aku berazam untuk mengurus masa dengan baik. Aku tak tahulah kenapa sejak 2012 pengurusan masa aku jadi carca merba. Setiap hari penuh kekalutan terutamanya waktu pagi nak ke sekolah. Bila kat sekolah, banyak kerja yang tertangguh. Kadang-kadang aku jadi bingung bila kerja yang dah bertangguh jadi berlambak depan mata. Sudahnya, aku ambil tak endah. Sampailah waktu nak due, barulah aku kelam kelibut. Tahun ni, aku cuba mulakan dengan ada satu buku catatan khas untuk susun jadual kerja aku. Aku harap sangat buku ni akan jadi peneman aku sampai hujung tahun. Jangan sekerat jalan sudahlah.
 
 
Azam 3 : Rajin

 

Aku nak sikap rajin yang tersangat rajin untuk SETIAP HARI. But, selalunya sikap rajin yang aku harapkan tu memilih hari. Ada masa, aku rajin sangat. Ada masa, baju berlambak 2 minggu tak berlipat aku buat dono je. Sama juga dengan mood nak buat revision untuk mengajar. Bila rajin, siang malam, pagi petang, aku kerja menghadap buku dan notebook. But, bila malas (nauzubillah), faham-faham jelah. Aku kena ubah sikap aku ni sebab lepas ni nak ada anak-anak. Aku tak nak hidup aku jadi huru-hara. Aku tak nak anak-anak aku nanti hidup terbiar, kurang kasih sayang. Haru.
 
Azam 4 : Beli rumah

 

Aku suka sangat if dapat rumah depan masjid. Aku tak tahulah dah berapa banyak rumah dan agent yang asyik kerja kena reject dengan aku. Aku bukan memilih rumah besar atau mewah, cukuplah sekadar rumah itu nanti membahagiakan untuk keluarga besar kami. Aku bukannya simply dalam hal beli rumah ni. Setiap rumah yang banyak memikat hati, aku akan istikharah dulu. Bukan sekali dua, but berkali-kali. Syukurlah semua agent yang pernah aku berurusan baik-baik belaka. Aku tolak secara baik dan mereka pun terima secara baik. Allah tahu sesuatu yang terbaik buat kami. Aku percaya pada setiap petunjuk dan gerak hti yang Allah beri. Macam mana suka pun aku pada rumah tertentu, but if itu bukan yang terbaik pada kami, aku perlu redha.
 
Azam 5 : Sambung belajar

 

Impian yang satu ini aku harap akan jadi kenyataan pada hujung tahun 2013, insya-Allah. Aku berhasrat untuk further study dalam master untuk Chemistry Education. Insya-Allah aku sudah bersedia tahun ini. Ini juga salah satu hasrat Edy yang selalu aku tolak dengan alasan belum bersedia untuk tahun-tahun sudah.
 
Azam 6 : Jemputan Allah bersama Edy
 

 

Aku ingin menunaikan umrah sekali lagi but tahun ni berhasrat untuk pergi bersama Edy. Aku sangat berharap, Allah menjemput kami ke sana. Aku ingin menunaikan ibadah di tanah suci itu bersama suami tersayang. Barangkali jadi honeymoon terindah buat kami? Insya-Allah. 
Semoga kesemua azam ini dapat dicapai dengan izin-Nya. Amin.

This Post Has 10 Comments

  1. Unknown

    Amin ummi najla..sy mahfuzah, dlm forum ratuhati (fuze)..insyaAllah, mommies bertuah seperti kte akan mengandung semula dan dikurniakan anak2 yg sihat walafiat dan juga dikurniakan rezeki yg melimpah ruah..amin

  2. Feed by Ummi Najla

    Tq mahfuzah… Sorry lewat reply. InsyaAllah, kita akan mendapat rezeki itu lagi. Amin… 🙂

  3. Unknown

    Xpe, faham..jadi cikgu memang bz..hehe

  4. Feed by Ummi Najla

    Hihi, bukan bz apa sangat pun, bz sbb x pdi bahagi masa & kerja, kot. Hihi. Mahfuzah macam mana skrg? Dah ok? Saya baru jenguk kelab ibu IUD tadi. Dah lama sangat tak ke sana. Takziah dari saya ye…

  5. Anonymous

    insyAllah permudahkan

  6. Unknown

    Sorry ummi! Baru ade peluang nk reply! Saya ok..dah start keje isnin lepas..anak tetap anak kan? Rindu n sedih kdg2 tu masih ada..kte ibu2 bertuah 😉

  7. ieza ashaari

    semoga dipermudahkan dan diperkenankan.. 🙂

  8. Unknown

    salam kenal dari umaira…
    jom kongsi citer sama2…
    semoga ade sinar harapan buat kita semua
    dan segala usaha dan ikhtiar diterimaNYA

  9. Feed by Ummi Najla

    Salam kenal umaira. Selamat berTTC bersama2. InsyaAllah ada rezeki dari-Nya 🙂

Comments are closed.