You are currently viewing BREASTFEEDING CLASS 2019

BREASTFEEDING CLASS 2019

 
 
“THE ART OF BREASTFEEDING”

Ramai mommies yang TAK TAHU formula mudah untuk menjayakan PENYUSUAN SUSU IBU. Bila tak tahu, mommies cuba google dan apply ilmu yang belum pasti.

Salah apply ILMU menyebabkan mommies lebih banyak STRESS dari dapat hasil susu meriah. Kalau berterusan macam ni, hasrat mommies nak menyusukan anak sehingga 2 tahun boleh TERKUBUR tau!

Jadi Kak Nad nak ajak mommies terutama mommies di sekitar Johor atau yang sanggup turun ke Johor untuk hadir ke kelas ini dan belajar tentang SENI PENYUSUAN SUSU IBU.

Penyusuan susu ibu sangat indah dan mempunyai seni yang tersendiri. Ramai mommies yang dah belajar tentang seni ini dan merasai ketenangan dan susu kembali meriah.

Jadi mommies bila lagi? Jom ajak suami atau ahli keluarga dan kawan-kawan untuk hadir ke kelas ini.

Tak rugi hadir sebab banyak yang mommies akan pelajari seperti berikut:

➽ Teknik PERAHAN yang BETUL dan TEPAT yang sesuai dalam situasi penyusuan mommies, supaya dapat hasilkan susu yang lebih meriah.

➽ KENALI anatomi payudara dan punca-punca payudara tidak boleh mengeluarkan susu dengan optimum. PENTING sebab ramai mommies abaikan tentang ini !

➽ Cara MARMET yang betul dan tidak menyakitkan

➽ LOVE YOUR BODY MORE, ubah mentaliti daripada MENTALITI SUSU SIKIT kepada MENTALITI SUSU MERIAH DAN MENCUKUPI! Ramai mommies yang tak yakin dengan diri sendiri. Kak Nad akan ajar mommies cara mudah untuk bina keyakinan dengan diri.

➽ Belajar cara MUDAH, SENANG dan RELAX untuk mommies menyusukan bayi di mana-mana termasuk tempat awam. Ramai mommies dah buat macam-macam cara tapi teknik masih SILAP dan akhirnya mommies stress bila bayi menangis.

➽ TEKNIK URUTAN CINTA yang mommies boleh buat di rumah dengan suami. Mommies akan rasa lebih tenang dan susu mommies akan terhasil dengan mudah

➽ LIMA FORMULA untuk tingkatkan susu ibu dengan gembira. Mommies mesti happy bila dapat apply semua teknik

➽ BABY MASSAGE untuk berikan ketenangan pada bayi mommies.

➽ Belajar dari KESILAPAN mommies lain supaya kita dapat ELAK kesilapan yang sama, atau sekurang-kurangnya kita tahu CARA NAK HANDLE jika terbuat kesilapan yang sama. PENTING ni untuk pastikan impian mommies tak TERKUBUR!

➽ ART THERAPY dalam penyusuan susu ibu yang mommies boleh apply setiap kali susu merudum.

Bukan sahaja teori yang diberikan, malah akan diadakan juga sesi praktikal bersama para peserta.

Atau boleh hubungi admin Dayana di link berikut untuk sebarang pertanyaan:

http://www.wasap.my/601158334357