Bolognese Spaghetti Ready in 15 minutes

Nak cuba buat Bolognese Spaghetti sendiri?
Resepi ni aku belajar dari kawan baik aku, Nur Hidayah. Sejak belajar 2 tahun dulu, resepi ni dah jadi western favourite food untuk keluarga kami. Baik suami, adik dan anak-anak buah aku semua suka makan Bolognese Spaghetti ni. Simple. Boleh siap dalam masa 15 minit sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Bawang besar yang telah dipotong dadu
(nak tambah halia, bawang putih, atau lada benggala pun boleh)
2) Spaghetti sauce
3) Daging kisar
4) Spaghetti (sebaik-baiknya jenama San Remo)
5) Brokoli (untuk penggemar sayur)

6) Parmesan cheese
Cara-cara:
1) Masak bahan 1 hingga 3. Pastikan daging kisar empuk. Tak perlu letak garam atau gula. Tambah sedikit sahaja air. Setelah daging empuk, masukkan brokoli dan matikan api.
2) Sementara tu, spaghetti direbus. Letakkan sedikit minyak dalam air rebusan itu untuk elakkan spaghetti melekat antara satu sama lain. Setelah masak, air rebusan ditos.
3) Sedia untuk dihidangkan. Taburkan sedikit cheese untuk kelazatan maksima.
SIMPLE AND READY IN JUST 15 MINUTES 🙂
p/s: walau rupa dia tak macam yang kat atas tu, tapi sedap dia hingga menjilat pinggan woo 🙂

This Post Has 2 Comments

  1. MamaZaraa

    nk try lah.. slalu beli kt sr je..hehe

  2. Feed by Ummi Najla

    Cubalah mamaZaraa. Sangat mudah, murah & sedap InsyaAllah 🙂

Comments are closed.