You are currently viewing Bila Perlu Mengepam?

Bila Perlu Mengepam?

Setiap kali ada ibu-ibu yang bertanya tentang pam dengan saya dengan tujuan untuk membeli, biasanya saya akan tanya dahulu usia bayi dan bila melahirkan.

Image may contain: Nad Masrom

Jika baru sehari dua melahirkan, saya tak galakkan ibu terus mengepam, dan saya akan terangkan sedikit mengapa dengan kaitkan sifat kolostrum yang pekat dan teknik perahan tangan yang lebih efektif.

Tidak mengejutkan bila ramai dalam kalangan ibu-ibu ini yang tak tahu tentang kolostrum atau marmet. Bila sebut marmet, mereka tanya saya “apa tu?”Jadi saya akan berikan link video untuk mereka dapat sedikit pendedahan.

Ramai ibu-ibu yang gembira bila mereka sedar pam bukanlah keperluan utama pada fasa awal kelahiran. Jadi biasanya mereka akan reply, “Oh terima kasih puan, jadi saya tak perlu pam dulu ya? Saya hanya kerapkan direct dengan bayi sahaja kan?”

7 Tips Memilih Pam Susu Terbaik Dan Berbaloi Dengan Bajet Anda

Tapi ada juga yang tak sudi mendengar dengan membalas, “Ini anak saya yang no-5, takkanlah saya tak tahu. Saya bukan tak ada pengalaman. Saya tak ada masa nak baca semua tu..

”Maka saya akan terus reply, “Ok puan, kalau begitu kami akan uruskan order puan.”Pada saya, memberitahu yang benar itu adalah tanggungjawab walaupun adakalanya pahit untuk diterima dan sakit bila ditolak mentah-mentah.

Tapi tak apa, kita memang tak boleh memaksa.Ilmu itu sememangnya satu REZEKI untuk dimiliki. Tak semua orang berpeluang untuk dapat rezeki ini.

Bila kita berpeluang untuk berada dalam kelas-kelas penyusuan atau seminar, kita seharusnya bersyukur kerana dikira beruntung.Beruntung kerana dipilih Allah untuk menerima ilmu dari Dia.

Kami ni semua hanya perantara sahaja, semua ilmu itu milik Allah semata-mata.Jadi macam mana supaya kita tak terlepas rezeki ilmu ini? Buangkan ego dan jauhkan perasaan sombong.

Selalulah berdoa semoga Allah sentiasa membantu kita dalam perjalanan penyusuan ini.Rendahkan hati bila kita adakalanya perlu belajar dengan ibu lain yang mungkin kurang makan garam dari kita.

Nad Masrom , Ibu baru anak 3. #nadbreastfeedinginfo