You are currently viewing BILA BAYI PERLU DISUSUKAN?

BILA BAYI PERLU DISUSUKAN?

Buat ibu bapa baru,pasti banyak persoalan berlegar-legar di minda kan dan salah satunya ‘bila bayi perlu disusukan sebenarnya?’

Rata-ratanya menyangka waktu untuk susukan bayi ialah apabila bayi sudah mula menangis.

Tahu tak ibu apabila bayi sudah menangis,itu sebenarnya sudah terlalu lambat untuk bayi disusukan..

Bayi sebenarnya sudah terlalu lapar dan marah.

Jadi bila sepatutnya bayi disusukan?

Bayi perlu disusukan apabila bayi berada di Early atau Middle Cues.

EARLY CUES.

  • Bayi memusingkan kepala ke kiri dan ke kanan seperti tercari-cari.
  • Bayi mula buka mulut atau pun sudah mula menjilat-jilat bibirnya.

Ini maksudnya bayi sudah bersedia untuk menyusu.

MIDDLE CUES.

  • Bayi menggeliat.
  • Bayi bergerak-gerak
  • Bayi mula memasukkan jari ke dalam mulutnya.

Pada waktu ini,bayi sudah lebih lapar tapi masih tenang.

Early Cues dan Middle Cues ialah waktu yang sesuai untuk bayi disusukan.Tapi apabila masuk LATE CUES,waktu ini bayi sudah terlalu lapar dan marah.

LATE CUES.

  • Bayi mula menangis,dan marah hingga merah mukanya.

Siapalah tak marah kan,dah bagi tanda lapar pun masih tak diberi susu,sudahnya bayi pun mengamuklah.Dah menangis mengamuk,baru nak susukan.Tiba-tiba bayi tak nak menyusu pula,peninglah ibu ayahnya.Puas disua,tapi bayi terus menangis..

Nanti dulu!

Tak sesuai untuk terus susukan bayi di fasa ini,tenangkan dan pujuk bayi dahulu.Bawa bayi ke dalam pelukan ibu,skin to skin,bercakap ataupun goyang-goyang bersama bayi sehingga bayi tenang.Apabila bayi sudah tenang,baru cuba sua semula dan susukan bayi.

KELEBIHAN MEMAHAMI FEEDING CUES.

  • Di Early Cues dan Middle Cues,bayi akan lebih tenang.Apabila bayi tenang ibu juga akan lebih tenang serta mudah untuk melekapkan bayi pada payudara.Hasilnya bayi akan melekap lebih baik,ini dapat mengelakkan dari ibu mengalami luka pada payudara atau berasa tidak selesa semasa menyusu.
  • Begitu juga bagi ibu yang anaknya sedang nipple confused,penting untuk pujuk bayi menyusu semula pada payudara semasa bayi dalam keadaan tenang supaya lebih mudah bayi menerima payudara.

Jika menunggu bayi menangis,ibu akan lebih kelam kabut dan panik untuk susukan bayi,ia juga boleh menjejaskan lekapan serta pegangan ibu pada bayi.

  • Apabila di luar,ibu punya lebih banyak masa apabila menyedari bayi sudah mula mahu menyusu di Early Cues.Ia memberi kelebihan pada ibu bagi menyediakan ibu dan bayi untuk menyusu di tempat awam,seperti memakai nursing cover,mencari tempat yang sesuai dan sebagainya.

Berbanding apabila bayi sudah menangis,ibu akan lebih panik dan ini boleh membantutkan cubaan ibu untuk menyusu di tempat awam.

Apabila bayi tenang,ibu juga akan lebih tenang.

Bagaimana,mudah kan bila dah tahu?