Aku telah menerima satu comment dari Anonymous pada 14 April 2012 melalui entry Puteri Yang Pergi Tiada Kembali. Oleh kerana aku berada di Mersing dan kebetulan liputan 3G di situ sekejap ada dan sekejap tidak telah membantutkan aku untuk mereply comment itu sesegera mungkin. Comment dari Anonymous itu sangat menyentuh hati dan perasaan aku. Cukup jauh dugaan yang dilaluinya jika dibandingkan dengan ujian yang pernah menimpa aku 7 bulan lalu.
akum.. Saya melahirkan kedua-dua bayi kembar saya pd 05.07.2011 @ 35 mggu. Tarikh yg tidak akan dilupakan..05/07 merupakan anniversary kami,sekaligus menyambut kelahiran ke dua-dua kembar tanpa tangisan.. meninggal di dlm kandungan merupakan tamparan yg hebat buat saya.. kesedihan yg Allah bg pd kita ni SGT menginsafkan..tanpa sebab musabab dan condition both baby yg sgt baik menyebabkan saya lupa yg semua di dunia ni, hy pinjaman. Puan bertuah, dpt memeluk anak walau hanya seketika.. saya pula pada mulanya hanyut mencari2 sebab & punca kedua-dua baby saya ( 2.5 kg & 2 kg )dilahirkan IUD.. Spt Muslim yg lain, hy pd Allah lah sebaik2 tmpt mengadu…Moga Allah bg kita kekuatan redha.
Dan aku hanya mereply ringkas comment itu.
Wslm Puan Anonymous. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan saya. Terlebih dahulu saya ingin ucapkn takziah atas pemergian kembar puan. Jujur saya akui, ujian yang dilalui puan jauh lebih kuat dari pengalaman saya kerana puan perlu menghadapi pemergian dua anak sekaligus. Saya kelu. Tiada kata. Mungkin sedang membayangkan betapa sakitnya rasa rindu itu mengenangkan kedua-dua cahaya mata yang telah pergi jika saya berada di tempat puan. Ya, seperti yang puan kata, hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu. Dan saya yakin, pasti semua ini punya beribu hikmah yang kita tak mampu nak singkap.
Baru saya tersedar betapa saya sebenarnya telah diberi nikmat menjaga anak saya walaupun untuk seketika. Terima kasih puan kerana telah mengingatkan saya untuk terus bersyukur dengan apa yang telah berlaku. Sekali lagi puan, takziah dari saya.
Wordless :”(
Al-fatihah~
Sejujurnya aku kelu. Tah kenapa kali ini aku seperti hilang ayat. Selalunya pasti aku akan memberikan ayat-ayat untuk memberi semangat dan sebagainya seperti yang selalu aku lakukan di forum Ratu Hati dalam Kelab Ibu IUD. Kali ini aku hilang kata. Mungkin kerana aku tidak dapat membayangkan bagaimana jika aku berada di tempat puan anonymous yang perlu menghadapi kehilangan dua anak sekaligus. Aku yakin puan anonymous ini seorang yang kuat dan tabah. Pasti lebih tabah dari aku dan kerana itulah Allah telah mengujinya sedemikian rupa yang mana mungkin aku tidak mampu untuk berhadapan dengan ujian seperti itu. Subhanallah.
Semoga Allah SWT memberi pengganti yang sihat dan lahir untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah buat Puan Anonymous dan suami. (Maaf sebab saya tak tahu nama).
Dan semoga Allah SWT kurniakan juga pengganti arwah Najla buat kami suami isteri. Amin.
Salam…saya dah baca blog ummi najla. tersentuh hati saya. semoga ummi najla tabah.. saya sedar, sedih bagaimanapun kita, ada orang lain yang lebih sedih dari kita tapi mereka kuat. kisah ummi najla saya jadikan pembakar semangat setiap kali tiba waktu sedih. terima kasih kerana berkongsi cerita ummi najla
Tq simsimi. Bila join RH, ramai juga rupa-rupanya ibu-ibu yang alami kisah hampir serupa saya. Alhamdulillah Allah temukan dengan ramai rakan yang baik hati selepas kehilangan puteri saya. Salam perkenalan juga buat simsimi 😉
Betapa Allah sayangkan anak2 kita Nad.Bersyukur…
Betul k.yana. Alhamdulillah 🙂
insyaAllah..akan ada rezeki dari Allah utk kak nad sekeluarga utk menimang cahaya mata akak..
Tq so much sheila. Harap makbullah dia shila tu. Aminnn 🙂
salam, umi najla,sedih saya membaca blog ini.saya pun senasib dgn umi, sekejap saja dpt menjaga puteri saya hanya 80 hari di dunia.Allah lebih sayangkan puteri saya.
Wassalam hani. Takziah dari saya. Anak hani baru je ke meninggal? Maaf bertanya.
salam umi,bb bru je meninggal pd 22/5/2012.anak yg ke-6,waktu mengandungkan dia, alhamdullilah tiada sebarang masalah.waktu salinkan dia semua ok, sya pun syukur kpd Allah krn semuanya selamat, tapi sejam selepas itu doc bg tahu kat suami anak sya ada masalah umi.doc pesan kpd suami jgn beritahu sya krn saya bru je lps bersalin.bb ditahan dlm wad nicu selama 8 hari.sehari ps tu bru sya tahu keadaan sebenar bb sya umi, hancur luluh hati sya.tak blh nk ckp apa hanya air mata yg kuar waktu tu.bb sya ada masalah jantung yg terlalu kronik umi dan bb tak boleh menghisap susu hanya menggunakan tiup.entahlah ini semua kerja Tuhan,Dia yg menentukan.hingga kini sya masih lagi trauma umi.
Takziah dari saya. Pasti hani masih lagi terasa kehilangan arwah. Allah dah tulis rezeki setiap anak-anak hani sedari luh mahfudz lagi. InsyaAllah tiada rezeki hani menjaga arwah seperti anak-anak yang lain di dunia, tapi di akhirat nanti pasti tertunai akhirnya. Hani bertuah kerana terpilih untuk melahirkan seorang ahli syurga. Bukan semua orang hani yang Allah pilih untuk mengandungkan dan melahirkan seorang ahli syurga. Apatah lagi, bidadari inilah yang akan memimpin kita nanti di sana, InsyaAllah. Semua ni pasti ada sejuta hikmah yang kita tak nampak. Tapi percayalah hani, puteri hani sedang berbahagia di sana dalam peliharaanNya. Ada hikmah Allah tak mengizinkan dia terus hidup di dunia. Kerana Allah tidak mahu baby hani menderita. Biarkanlah dia tenang dan gembira di sana. Allah sayangkan hani dan kirimkan hani ujian ini. Bertabah ye hani. Pasti kekuatan itu ada dalam diri hani apatah lagi dengan tanggungjawab hani mendidik anak-anak yang lain. Pasti ada rezeki yang lebih baik untuk hani dan keluarga. InsyaAllah 🙂
insyaallah umi, terima kasih di atas nasihat yg diberikan.mmg umi hingga kini wajah comelnya sentiasa terbayang di dpn mata hani.buat pengetahuan umi juga, saya bru kehilangan ibu yg tersayang pada 12/1/2012 yg lalu.dugaan terlalu byk umi, saya terlalu lemah.mungkin ibu pergi kerana sakit tua,tapi umi bila anak kita yg dikandung pergi utk selamanya…Allah saja yg tahu..mungkin umi pun dapat rasakannya..tq umi.
Ya Allah. Berat sungguh dugaan hani. Dalam setahun, hani kehilangan 2 insan tersayang. Betul kata hani. Pedihnya rasa kehilangan seorang anak memang susah nak diungkap. Terasa kasihan, pilu, bila bayi sekecil itu menghadapi sakaratul maut. Apatah lagi, kita sudah mengandungkan dan melahirkannya.. Memang perasaan sayang itu takkan pernah padam walaupun kita sudah ada anak-anak yang lain. Begitulah kasih seorang ibu pada anaknya.. Kasih ibu hingga ke syurga..
Hani, kalau hani tak keberatan, boleh saya tahu nama arwah anak hani dan ibu hani? Boleh saya dan rakan2 lain sedekahkan fatihah buat mereka. Hani tak keseorangan untuk berkongsi rasa. Di blog ini, saya berkongsi rasa dengan ibu-ibu lain yang senasib kita. Hani juga boleh meluah rasa itu dengan kami. Hanya ibu-ibu yang pernah kehilangan anak tahu akan rasa kehilangan ini…
salam umi, nama bb hani-Nor farah amani n ibu aminah ibrahim.Betul kata umi mmg telalu perit rasanya..sebelum ini hani hanya mendengar berita kisah org lain n tak sangka semua ini terjadi ke atas hani.
Al-fatihah untuk Baby Nor Farah Amani dan Almarhumah Aminah Ibrahim.
Mmg lain rasanya hilang anak hani. Susah nak explain. Kadang-kadang orang senang kata, "Tak apa, anak lain kan ada..", atau "Tak apa usaha lagi.. Bukan tak boleh mengandung lagi.." Macam mana kita ada ramai anak sekalipun, kehilangan yang seorang tetap akan dirindui dan diradai sampai bila2…
salam umi.saya dh baca kisah umi, nk bertanya anak umi meninggal di rumah @ hospital?bb hani meninggal di rumah.alhamdullilah umi, sempat gak abg n kakak bermain dgn adiknya walau pun sekejap.pengalaman di hospital, samale cam umi gak, hingga kini hani masih lg teringat suasana di sana, selama 8 hari di hospital,hanya Allah je yg tahu perasaan hani.sampai satu tahap tu dh nk meroyan,mujurla suami hani penyabar orgnya.semasa di hospital terasa takut bila tgk bb yg bermasalah kat NICU TU, tak sampai hati melihatnya, sayu.paling sedih bila melihat bb kita sendirikan umi?mujur bb hani tak dimasukkan sebarang wayar kerana keadaannya sihat seperti bb yg lain,tapi umi ALLAH lebih sayangkan dia.
Wssalam hani. Sory lmbt reply. Arwah anak saya meninggal di NICU. Tak pernah balik rumah sejak lahir sebab baby pramatang, and tak cukup berat. Kebanyakkan family dapat jumpa saat arwah nazak dan slps meninggal dunia. Dulu saya pun nyaris meroyan. Lagila arwah anak sulung.. Lama juga saya betul2 pulih dari kesedihan. Dalam 2 bulan pertama saya menangis setiap hari. Kemudian bila sudah mula kerja dan sibuk, alhamdulillah perasaan saya dapat pulih sedia kala 🙂
umi, samale cam hani, sampai skrg ni asyik menangis n setiap hujung mggu hani akan ke kubur menziarahinya.hani akan rasa puas klu hani dpt melihat pusaranya.entah umi, kdg2 tu kita xblh nk luah apa yg kita rasa.walaupun hani dh ada anak yg lain, tapi hani terlalu sayangkan bb ini…hani blum cukup kuat umi.luaran nmpk kuat tapi dalaman blum lg umi.
Insya-Allah hani, masa akan memulihkan semuanya. Maaf terlambat reply comment ini. Saya betul-betul tak perasan. Pusara si kecil itu memang dapat mengubat duka kehilangan dan menjadi tempat untuk melepaskan rindu. Saya doakan Hani aan beroleh pengganti secepat mungkin dan insya-Allah baby yang bakal lahir itu seiras arwah. Amin…
Assalam,
Mengalami pengalaman yang sama, kehilangan anak ketiga, setelah 38 minggu 5 hari mengandung. IUD.
2-3 minggu pertama memang menyeksakan. berlalunya tahun pertama pemergian, air mata memang murah. namun alhamdulillah, Allah telah kurniakan ganti.
banyakkanlah berdoa padaNya, mohon ganti yang lebih baik. permata hati kita yang mendahului, insya Allah, berada dalam jagaan yang jauh lebih baik dari kita.
Wassalam.
Thanks aishah. Memang tak ada sapa akan mampu tanggung perasaan itu melainkan bila kita sudah redha dengan ketentuanNya…InsyaAllah bila kita redha, Allah akan tambah nikmat, bila kufur Allah akan tambah azab. Tahniah aishah kerana dikurniakan pengganti arwah yang hilang.. Doakan buat kami pula. Amin…
salam,umi, selamat hari raya.hani blum cukup kuat umi.hari ini genap 100 hari pemergian puteri hani..hani blum boleh nk hadapi semua ini, masih terbayang2 wajahnya n sentiasa berada dgn hani.hingga kini hani setiap hari menangis terkenangkan arwah..apa yg harus hani lakukan umi?
Slm aidilfitri hani. Hani, memang yang pergi takkan kembali, dan kita di dunia ni memang akan rasa kesedihannya lagilah itu anak kita yang masih kecil, yang tak tahu apa2. Tapi, Hani kena tahu, arwah anak Hani sedang berbahagia sangat-sangat di sana. Terlalu bahagia hingga dia sudah lupa pada ibu bapanya hingga tibalah hari akhirat nanti. Masa tu baru anak-anak kecil ini teringat pada kita, merayu pada Allah dan memohon syafaat Rasulullah SAW untuk membebaskan kita dari api neraka dan membawa kita ke syurga. Hani sepatutnya rasa bersyukur dan gembira kerana walaupun kita tidak dapat menjaganya di dunia, tapi kita akan bersama mereka selamanya di syurga, kekal abadi. Paling penting, kita tunaikan kewajipan sebagai hambaNya dan taat sebagai seorang isteri. Dunia ni hanya sementara, terlalu banyak pancaroba. Bersyukurlah arwah tidak perlu melalui semua itu kerana dia sudah dijaga oleh Allah di sana.
Selain itu hani, cuba lihat diri hani dan sekeliling hani. Lihatlah pada apa yang hani masih ada. Hani masih ada suami dan anak-anak yang lain. Pandanglah wajah-wajah mereka dengan kesyukuran kerana itulah nikmat berharga yang hani masih ada. Allah belum nak mengambilnya lagi. Bila kita kehilangan sesuatu, kita cuba lihat pada apa yang kita masih ada. Jangan terus menangisi yang tiada kerana syaitan akan cuba menerobos hati kita yang lemah dengan pelbagai bisikan yang akan semakin melemahkan kita. Pandanglah mererka-mereka yang lebih malang nasibnya daripada kita. InsyaAllah akan lahir rasa redha dan syukur dalam hati hani nanti.
Ingat janji Allah dalam surah Al-insyirah ayat 5&6, dan sesumgguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Allah akan melepaskan hani dari beban perasaan ini dengan memberi banyak kebaikan yang lain. Yang pentibg, mulai hari ini, hani kena belajar untuk terima dengan hati terbuka pemergian arwah. Tuliskan diari hidup seharian hani dalam buku atau blog. Sekurang-kurangnya hani akan nampak banyak perubahan positif dari situ. InsyaAllah…
salam umi.thanks di atas nasihat umi tu.hani akan cuba melawan perasaan sedih hani.dugaan terlalu kuat umi.betul kata umi tu, hidup perlu diteruskan.
Salam Ummi Najla..sedih baca kisah puan dan kisah hani..saya pon baru kehilangan baby 4/3/14 yang lalu..saya sempat jaga dia 3 bulan sahaja..hari kedua saya masuk keja dia pun tinggalkan saya buat selama-lamanya..sedih sgt2 coz he was my first baby..saya pernah keguguran sebelum nie dan menunggu hampir 3 tahun utk dpt dia..namun Allah lebih sayangkan dia dan bagi saya berpeluang utk merasai pengalaman sebagai seorang ibu utk 3 bulan sahaja..sedih sgt sampai rasa nak gila..tiap2 mlm terjaga dr tidur mst saya cari dia utk bg susu..skrg hnya baju dan selimut dia saya jd peneman tidur saya..bila saya sedih sgt saya mesti pegi ziarah kubur dia..rasa tenang bila dpt lihat kubur dia dan bercakap2 di situ..saya pun selalu google blog2 ibu2 yg kehilangan baby derang dan terjumpa blog puan..ramai rupanya yang senasib dengan saya..mcm puan kata mudah utk org kata "takziah, muda lg..i.allah boleh pregnant lg" tp saya btol2 trauma dengan apa yg berlaku..saya tkt kejadian yg sama berlaku lg dan saya x rasa saya kuat utk hadapi kehilangan baby lg..utk pregnant balik pon saya takut sbb saya rasa takde sapa boleh ganti tempat arwah Niyyaz..mcm2 bnda saya fikir sampai kadang2 saya rasa saya dah gila..mujur suami saya kuat dan bnyk support saya..tp tiap2 mlm saya mst menangis especially lps solat..sunyi sgt rasa rumah xde rengek tangis baby…luarannya semua org nampak saya kuat utk hadapi dugaan ini tp dalam hati hanya Allah yg tahu..bila tgk baby org lain mula la saya menangis..tp bila bc nasihat puan kepada hani bt saya tersedar yang saya banyak menangis dan mengeluh nasib diri sdgkan bnyk nikmat lain yg Allah berikan pd saya..terima kasih ummi najla..doakan yg terbaik bt saya dan suami ye..semoga saya makin tabah dan kuat utk hadapi dugaan ini..
Waalaikumussalam fila. Fila, sejujurnya dulu pun saya pernah rasa nak gila, hampir meroyan pun ada. Sehinggalah saya berhijrah dengan izin dan takdir dari Allah. Saya berhijrah tempat tinggal, tempat kerja, dan hijrah diri… Saya berhijrah untuk mnjadi seorang yg baru… Saya banyak menghabiskan masa membaca buku2 islamik dan ilmiah yg selama ini saya tak sempat nak terpandang. Saya banyak habiskan masa membaca, mendengar slot Prof Dr Muhaya.. Segala2nya mula menjadi kekuatan dalaman sewaktu saya hampir rebah dahulu…
Akhirnya, saya mendapat hidayah untuk menunaikan umrah. Dan selepas itu, hidup saya kembali bersinar. Saya lebih tenang dan redha dalam menghadapi jalan yg penuh liku… Sekalipun kini, Allah belum mengizinkan saya mendapat pengganti arwah, tapi saya masih bahagia dan redha, tidak seperti dulu.
Tanpa saya sedar, masa yg telah menjadi pengubat duka kehilangan arwah anak. Masa yg berlalu mnjadikan saya tabah dan kuat untuk terima semua takdir ini. Apatah lagi, anak-anak kita akan menanti di pintu syurga memohon syafaat buat kita ibu bapanya… Alangkah indah saat itu…..
Fila, saya tahu bukan mudah untuk menjadi tabah. Memang sakit dalam menjadikannya kuat.. Kepada Allah jawapan yg paling tepat. Kita mengadu pada-Nya dan minta Allah berikan petunjuk, hidayah dan hikmah di sebalik semua ini… Beribu hikmah dtg dlm hidup kami selepas Allah mengambilnya pergi… Dan saya tak pernah sesal selepas mengetahui hikmah yg Allah sembunyikan sebelum ini sewaktu saya perlu menghadapi kehilangan puteri tercinta. Hikmah, rezeki yg Allah beri kpd kami selepas itu sgtlah besar dan tidak ternilai.
Saya yakin Fila akan mengetahuinya juga suatu hari nanti..
Fila, menangis tidak salah, apatah lagi terlalu rindukan anak Fila. Tapi, paling susah ialah utk redha dgn pemergiannya. Fila… Anak2 kita sedang menanti kita, menanti dan memohon syafaat untuk kita ke syurga sekiranya kita redha dgn pemergiannya… Redha sesuatu korban yg besar tetapi perlu dilakukan.. Saya harap Fila faham….
Saya sangat mengerti apa yg Fila lalui kini.. Fila, sekali lagi kata nasihat yg mungkin tiada berguna tetapi itu sahaja yg mampu terucap, BERTABAHLAH… Masa akan menjadi pengubat….
Saya sentiasa ada utk fila. Boleh email saya, mungkin kita boleh berhubung supaya Fila dpt meluah rasa sedih yg terpendam……
Terima kasih banyak2 Ummi Najla atas nasihat ummi..I.Allah saya akan berusaha untuk menjadi lebih tabah..Saya dah pun berpindah rumah..tak sanggup rasanya ddk umah yang lama tu..terlalu banyak kenangan walaupun hnya 3 bulan kami bersama..mungkin new environment ni akan dapat mengubati hati saya ini..I.Allah juga awal bulan Jun nie saya akan menunaikan ibadat umrah..semoga saya akan menjadi seperti Ummi yang lebih tenang dan redha selepas balik dari menunaikan Umrah..Insya Allah jika saya memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan ini saya akan berhubung melalui emel dengan Ummi agar kita dapat berkongsi rasa..Sekali lagi, terima kasih banyak2 Ummi..Hanya Allah yang dapat membalas jasa puan..amin…
Assalamualikum umi… berkesempatan singgah diblog ibu2 syurga…masih mencari kekuatan untuk terus kuat akan ujian allah swt… saya kehilangan seorang puteri bongsu tersayang pada 13.05.2017 genap umurnya 9bulan… anak yang comel anak yang sihat.. tapi asbab dari demam campak dan sihat lpas sebulan demam lagi dan terus ada jangkitam kuman di selaput otak… sekejap jer allah uji ank saya tak sampai 2 hari di PICU allah ambik balik hak nya… ain pun sakit sekejap jer….. tahun ni tahun pertama puasa n raya bersama ain zulaikha tapi saya tak dapat bersama dengan ain seminggu sebelum puasa ain tiada lagi disisi saya… banyak yang aturkn untuk ain zulaikha… tapi allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ain.. ketentuan allah swt adalah yang terbaik… betapa mama sayangkn adik tapi allah swt lebih lagi sayangkan adik… sakit adik cuma asbab untuk allah ambil balik haknya… mama tak ada hak untuk mempersoalkan sbb semua yang mama miliki hanya laa pinjaman… tapi naluri seorang ibu dalam redha mama kena ikhlas untuk lepaskan adik… allah dah pilih anak mama ain zulaikha sebagai bidadri syurga allah… besarnya anugerah yang allah kurniakan untuk anak mama… bunga yang cantik allah akan pilih dahulu… anak mama ni laa yang akan tunggu mama n papa disana… mama terlalu merinduimu sayang… xpernah pun mama lupakan kamu .. buka mata tutup mata hati ini hanya untukmu… terlalu istimewa kamu sayang… wlaupun abg n kakak ada tapi rindu mama untuk ain terlalu menebal… allah moga engkau hadirkan kekuatan untuk ku meneruskan perjalanan hidup ini yang masih panjang untuk ku cari bekalan untuk kesana… yang kekalnya di sana untuk dikumpulkan kembali bersama- sama bidadari syurga kami.. Tuan Nur Ain Zulaikha… sesungguhnya mama terlalu merindui kamu sayang… tapi ketentuan adalah yang terbaik.. mama redha akan kehendak allah swt.. mati itu pasti.. janji allah swt itu pasti..