You are currently viewing Bengkak Susu

Bengkak Susu

KES BENGKAK SUSU LAGI

Nampaknya ada mommies yang mengadu kena bengkak susu musim raya ni. Yang parahnya sampai kena blocked duct. Ada tu baby dah 6 bulan pun boleh kena juga.

Memang tak terjangka sebab baby masih menyusu kerap macam biasa.Saya sendiri memang dah pernah kena masa zaman Khadijah dulu. Masa tu musim raya juga, tahun 2016.

Image result for gambar bengkak susu

Khadijah pun dah setahun waktu tu. Memang tak sangka masa tu susu boleh jadi banyak sampai kena bengkak susu sebab Khadijah dah besar.

Kali kedua kena masa dekat Korea, tapi itu sebab exclusive pumping sekejap kat sana.Walau raya tahun ni berbeza, tapi kita masih lagi raikan dengan gembira.

Juadah raya yang lazat juga terhidang seperti biasa.Makan pun bukan biasa-biasa. Setahun sekali jumpa juadah raya. Selain tinggi lemak, tah berapa kali diulang makanan yang sama sehingga ke malam.

Image result for lauk raya

Sambal kacang dan lodeh yang banyak sumber penggalak susu menambah sedap hidangan di pinggan. Ketupat dan lemang? Hingga menjilat jari.Sudahnya dalam sehari, breast penuh beberapa kali, sampai mommies tak sedar.

Gara-gara oxytocin’s rush yang orang ulang berkali-kali.Antara 5 tips yang mommies boleh buat di rumah sekiranya alami masalah ini:

1. Jika rasa ada ketulan di payudara, bolehlah buat demahan panas (hot compression).

2. Tapi kalau payudara terasa panas dan sakit, buatlah demahan sejuk dahulu (cold compression) sehingga ibu berasa kurang sakit.

3. Urut dengan teknik yang betul sehingga payudara mula rasa lembut.

– Urut membulat dari kawasan yang ada ketulan hingga ke puting guna tapak jari. Sokong payudara dari bawah menggunakan tapak tangan yang satu lagi.

– Pastikan pergerakan jari tidak menyebabkan geseran pada kulit.

– Urut menggunakan ‘tapak jari’ (jari telunjuk, jari hantu, jari kelengkeng dan jari manis dibaringkan dan bukan menggunakan hujung jari).

Menggunakan ‘tapak jari’ mengurangkan tekanan kepada saluran susu dan mengelakkan saluran susu daripada terluka.

4. Marmet. Kemudian jika ingin memerah menggunakan pam pun boleh. Perah sehingga payudara terasa ringan atau lembut.

Teknik marmet: https://youtu.be/sGVNlTIJ6BM

5. Ulang beberapa kali sehingga ketulan tadi mula surut. Ibu juga boleh lakukan breast compression sewaktu menyusu atau memerah supaya ketulan lebih mudah ‘hilang’.Breast compression: https://www.facebook.com/1790216991196931/posts/2575797372638885/

Buat mommies yang bekerja, cuti ni memerah juga ya. Untuk kekalkan momentum memerah lepas naik kerja nanti. Dapat pam 1-2x pun dah mencukupi dari gantung pam terus.

Yang mengadu ni ramai mommies dari group Feed by Momma – Group Breastfeeding Ibu Menyusu Malaysia.

Harap dapat selesaikan masalah ini ya. Semoga bermanfaat.

Nad Masrom, Kaunselor Laktasi

#nadbreastfeedinginfo