Being a mother at 30th after a long journey of TTC. JPNK: Part 4

Assalammualaikum w.b.t
Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan blogger dan readers yang disayangi. Macam ramai je readers yang baca!  

Sedari awal tahun 2016 sehinggalah ke hari ini, saya baru dapat merasa ‘kelapangan’. Kelapangan dari kerja tentunya. Ada juga kerja yang mendatang waktu cuti begini, tapi taklah begitu membebankan. Mungkin saya perlu belajar bagaimana mengendali kerja dengan efisyen dan mengikut masa yang ditetapkan. Biasanya saya jarang sekali melepasi due date. Sama ada awal saya bermula, atau last minute, tetap saya siapkan sebelum atau pada tarikh yang telah disebutkan. Sesungguhnya, tekanan kerja last minute itu boleh menimbulkan segala jerawat naik di muka dan susu drop juga! Memang salah saya sendiri yang gagal mengurus masa dengan baik. Maka, sendiri merasa tekanan.

Sejujurnya, saya masih belajar lagi untuk mengadaptasi dengan kehadiran Nur Khadijah. Saya lupa adakalanya yang kini saya seorang ibu kepada seorang anak yang benar-benar wujud secara realiti dalam hidup saya. Lupa tu bukanlah maksudnya saya lupa daratan atau lupa diri. Lupa yang saya maksudkan ialah saya kononnya begitu ‘gagah’ untuk buat segala kerja macam sebelum saya ada Khadijah. Nak latih budak persembahan, sketsa, bawa pergi camping bagailah. Dan saya akan mengusung Khadijah juga ke setiap urusan saya itu sebab saya tak sanggup nak tinggalkan Khadijah. Sehinggalah pada suatu hari saya sedar (waktu tu saya sibuk melatih murid untuk ke pertandingan) dan Khadijah demam seminggu tidak kebah hingga perlu diwarded. Saya terfikir saat itu, adakah ini petanda yang saya perlu berhenti dari kerja-kerja sampingan seperti ini? Sejujurnya saya memang sangat minat dengan segala aktiviti yang melibatkan persembahan dan aktiviti luar. Tapi dalam masa yang sama, saya tak nak Khadijah terabai kerana minat saya itu. Susu saya juga beberapa kali drop bila saya agak stress. Dan Khadijah telah selamat pun menjadi anak susuan kepada anak saudara saya sendiri dikala bekalan susu Khadijah mula tidak mencukupi. Maafkan ibu Sayang :”(

Antara kenangan saya tahun ini. Mungkin dah perlu slow down selepas ini.

Nur Khadijah dan teater 🙂
Selepas susu saya mengalami kemeruduman, saya mula tumpukan semula perhatian saya sepenuhnya kepada Khadijah. Saya rasa mungkin ini tahun terakhir saya akan aktif dengan segala aktiviti ini. Saya bukanlah jenis yang pandai untuk menolak kerja yang diberikan. Tapi sekiranya saya diberi pilihan, dan ada guru lain yang sanggup melatih murid, saya mungkin akan tarik diri untuk menumpukan kepada Khadijah yang masih bergantung kepada susu ibunya.
Alhamdulillah, Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Selepas kerap melakukan power pumping setiap hari, stok susu saya kembali ada seperti biasa. Mencukupi untuk keperluan Khadijah setiap hari. Syukur, sehingga ke hari ini (hampir 13 bulan), saya masih lagi diizinkan-Nya untuk menyusukan Khadijah. Banyak perkara yang saya perlu korbankan untuk menjayakan penyusuan susu ibu demi Khadijah tersayang. Selain mengepam sewaktu memandu ke sekolah, saya perlu mengepam lagi 2 kali di bilik guru. Biasanya sekali akan diselitkan dengan sesi power pumping. Jadi, saya sangat jarang ke kantin atau merambu-ramba ke tempat lain. Saya bawa bekal ke sekolah, makan di bilik guru sambil mengepam. Habis kelas, saya akan bergegas ke bilik guru. Sekarang saya akan mengepam sepenuhnya di bilik guru kerana ada air-cond, perlu keadaan yang nyaman untuk rasa gembira and maintain supply memandangkan cuaca agak panas sekarang 😀
Maka, kebanyakan waktu senggang saya akan diisi dengan menyudahkan segala kerja sambil mengepam susu. Tengok handphone di sekolah pun jarang sekali. Saya selalu rasa every single minute di sekolah sangat berharga. Saya akan isi sepenuhnya dengan buat kerja untuk hari itu atau hari berikutnya sambil mengepam. Jadi, adalah dilarang sama sekali untuk mengganggu waktu saya dengan ajak berbual panjang. Hehe. Tapi, kalau ada rakan yang memerlukan tempat meluah, saya akan menyediakan diri juga. Itu pun sambil mengepam (^ ^”). Cuma saya beringat juga, waktu saya sedang marah atau mulut mahu membebel bukan-bukan, saya akan tangguhkan dulu waktu mengepam. Kesian pula Khadijah minum susu ‘tak berkhasiat’ nanti. Hihi.
Tanpa saya sedar, sudah hampir setahun juga saya jadi katak bawah tempurung di sekolah. Begitulah rutin saya hari-hari, mengusung berbeg-beg setiap pagi (beg pam, beg bekal makanan, dan beg sekolah) sehingga selalu orang pandang dengan rasa kasihan. Dan bila balik terus bergegas menyimpan susu di chiller untuk bekalan keesokannya dan terus ‘mencampak’ segala pam di sinki, dan melayan Khadijah bermain dan menyusukannya hingga kami ketiduran. Tugas mencuci biasanya Edy yang bantu sebab saya selalu terlupa dan terus tidur tanpa sedar (^_^”).
Saya perlu memastikan bekalan Khadijah cukup 16 oz setiap hari. Adakalanya hasil perahan tak sampai pun 16 oz, tapi saya bertawakal agar cukup untuk Khadijah. Walaupun mungkin nampak sedikit, tapi alhamdulillah mencukupi. Sesungguhnya Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Nampak botol Heinz tu? Saya buat sebagai jam dan disapu pada roti yang kemudian dibakar untuk dijadikan finger food untuk Khadijah 🙂
Saya masih lagi menggunakan Freemie Cup bersama pam kesayangan, Autumnz Passion. Saya sudah cuba dua pam elektrik selain daripada Autumnz iaitu Malish (pemberian seorang sahabat) dan Medela Freestyle (kawan saya minta saya cuba untuk tahu prestasinya). Dan sejujurnya, Autumnz Passion masih lagi tidak dapat ditandingi dalam menghasilkan Let Down Reflex dan penghasilan susu yang mencukupi untuk Nur Khadijah. Saya juga telah menjadi authorized agent untuk Autumnz. Tentang itu, nanti saya cerita kenapa saya terlibat sebagai agent. tujuan asal adalah untuk educate kawan-kawan atau customer yang membeli dengan saya. Pada saya adalah lebih mudah untuk educate orang yang berminat untuk tahu tentang PSI dan bagaimana untuk menggunakan pam dengan berkesan berbanding dengan orang yang tidak berminat. Dan saya sangat gembira dengan pengalaman ini 🙂
Untuk bulan Ramadhan ini, saya juga sudah merancang jadual mengepam yang baru. Tapi, saya belum berjaya ikut lagi jadual itu kerana Khadijah kerap pula direct feeding berbanding hari biasa. Alhamdulillah, masih dalam cuti sekolah dan masih lagi kental untuk meneruskan puasa sambil melayan grow spurt Khadijah mungkin yang sangat kerap mahu mengempeng. Bibir semakin kering menjelang petang tapi syukur hujan dan cuaca yang agak sejuk meredakan rasa puasa itu. Mudah-mudahan Khadijah menjadi anak yang sabar bila besar nanti.
Nur Khadijah, anak yang telah dinanti sekian lama telah genap setahun pada 12 Mei 2016 yang lalu. Syukur alhamdulillah, Allah masih izinkan saya dan Edy untuk menjaga Khadijah hingga ke hari ini. Apa lagi yang saya perlu tamakkan lagi bila sudah punya Khadijah dalam hidup kami. Sudah terlalu bersyukur kerana dikurniakan Khadijah setelah sekian lama berTTC. Tumpuan kami suami isteri adalah bagaimana untuk mendidik Khadijah dengan corak didikan Rasulullah SAW dan kami masih lagi belajar dan akan terus belajar tentang bagaiman untuk menjadi ibu bapa yang baik untuk Khadijah. Masih terlalu banyak khilaf dalam diri kami. Kerana itu, saya bertekad juga untuk berusaha menyusukan Khadijah sehingga 2 tahun jika diizinkan Allah kerana mungkin itu yang masih kami mampu untuk lakukan sehingga ke hari ini.

Nur Khadijah, 1 tahun 🙂
Last but not least, saya sudah pun berusia 30 tahun pada 3 Jun 2016 yang lalu. 2 tahun lepas, saya pernah menulis satu entry, ‘Being childless at 28th’. Memandang entry itu, terasa masa begitu pantas berlalu. Dalam tidak sedar, Nur Khadijah sudah pun setahun, membesar dengan sihat dan berkongsi minat yang sama dengan saya.

My lovely family. Saya sayang kamu semua!

Itu sahaja dahulu untuk perkongsian kali ini. Next entries in shaa Allah saya nak kongsikan tentang 3 perkara yang penting untuk rakan-rakan TTCian dan para ibu di luar sana. In shaa Allah jika sempat saya sudahkan entries tersebut sebelum naik cuti, saya akan publish sesegera mungkin. Antara perkongsian yang akan saya cuba untuk ‘siapkan’ ialah:

1. Jom Kita Kurus ~ Ikut Cara Saya 
Saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 7 kg dalam masa 6 minggu (dari 70 kg ke 63 kg) kerana membantu abang saya untuk turunkan berat badannya dari 101 kg hingga kini sudah pun 84 kg. Saya masih ikut ilmu yang saya pelajari dari Kevin Zahri dalam JK1M musim pertama yang lalu. Bagaimana dengan production susu? Nanti saya kongsikan dalam entry yang berikutnya.
2. UPT boleh detect hormone LH?
Ini eksperimen saya sendiri. Selama ni kita selalu terbaca tentang OPK dapat detech hormon HCG. Tapi bagaimana pula dengan UPT? Ada possibility ke untuk detect LH? 
3. Pengalaman sebagai agent dan dropshipper alatan penyusuan. Mengapa saya boleh terjebak?
Berjumpa lagi dalam entry berikutnya. Salam Ramadhan Kareem. Selamat menjalani ibadah puasa, selamat bertadarus, selamat berterawih, dan selamat menjadi ibu kepada para TTCian yang tidak pernah putus dalam berdoa. Semoga doa kalian dimakbulkan dalam bulan yang mulia ini. Amin Ya Rabb~