“Before anything else, preparation is the key to success…” JPNK : Part 3

 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
Berkisar tentang Penyusuan Susu Ibu (PSI), saya ingin berkongsi tentang peralatan penyusuan yang saya beli sebelum Khadijah dilahirkan.
 
Terlalu bersemangat untuk menyusukan bayi yang dinanti sekian lama buatkan saya tak sabar untuk beli pam. Bila tanya kawan saya yang menyusukan anaknya secara esklusif dan dicadangkan pula dengan Avent Manual Breast Pump, saya terus beli dari Nurizshar tanpa berfikir panjang. Masa tu saya hamil 4 bulan. Tak ada ilmu sangat masa ni.
 
 
Dah let go pun pada mummy Gombak 🙂
 
Kemudian, bila dicadangkan pula oleh kakak kawan saya untuk beli electric breast pump, saya beli pula Autumnz Double Electric Breast Pump daripada Puan Amna. Itu pun selepas puas saya survey dan jumpa blog Puan Amna (momsbreastfeeding.blogspot.my).
 
 
Edy tolong COD (tu kaki Edy tau)
 
Kemudian bila kawan sekolah saya datang untuk beri ilmu tentang PSI kepada saya, dan selepas saya go through perkongsian Kak Fazi dalam page beliau, fikiran saya asyik terganggu dengan dua perkara yang mana saya sangat bimbang ia akan menggagalkan PSI saya. Perkara tersebut ialah tentang;
 
1. Bagaimana saya nak jaga jadual mengepam saya sebagai seorang guru yang jadual harian mengajarnya adalah berbeza? Tak mungkin saya boleh konsisten nak mengepam 3x sehari pada waktu yang sama dengan nak terkejar-kejar cari tempat ‘persembunyian’ untuk mengepam lagi lepas tu nak berkejar ke kelas pula.
 
2. Saya kena guna hands free pumping bra ke setiap kali nak nak buat double pumping di sekolah? Saya kena beli hands free ni banyak-banyak ke?
 
Dua perkara ini sangat-sangat menganggu fikiran saya. Hari-hari saya fikir terutama bagaimana hendak menjaga jadual mengepam pada waktu yang sama itu. Kebanyakan perkongsian pengalaman ibu-ibu yang menyusukan, adalah mereka yang bekerja pada waktu pejabat. Then biasanya ibu-ibu ini mempunyai masa yang agak fixed setiap hari (waktu mengepam pukul 8 pagi – 10 pagi – 1 tengah hari – 5 petang).
 
Saya survey di instagram dan akhirnya terjumpalah dengan aksesori penyusuan yang agak canggih saya kira iaitu Freemie Cup Collection. Saya cuba cari yang paling murah (harga agak berbeza-beza di ig). Saya tidak terus gelojoh membeli sebab yang termurah saya jumpa pun sudah RM299 including postage (masa tu belum GST lagi). Aksesori sahaja tanpa pam ye. Berpinar mata sekejap.
 
Saya buat review dulu. Blogwalking. Dan kebanyakan review yang saya baca sangat memuaskan dan paling penting memudahkan dan boleh mengepam DI MANA SAHAJA tanpa perlukan hands free bra!
 
Dan selepas berbincang dengan Edy, saya terus beli melalui ig Little Servant pada akhir Mac 2015 (tak nak bayar GST punya pasal). Beli sekali habbatussauda (Habasyi Oil) untuk dimakan selepas bersalin sebab saya refuse nak makan segala jamu. Cukuplah habbatussauda dan madu sebagai ‘ubat’ untuk merawat dalaman saya nanti.Dan Freemie yang dinanti tiba juga akhirnya. Perasaan saya? Tentula sangat-sangat mengujakan!
 
 
Pump with your shirt on!
 
Saya terus pasang segala tiub dengan motor pam Autumnz  mengikut manual yang Freemie bagi. Dan terus cuba tau! So first time saya sambung macam gambar di bawah (ikut manual yang diberi).
 
 
Cara pasang Freemie Cup ikut manual
 (Nampak panjang kan tiub dia sebab tiub Freemie attach dengan tiub Passion)
 
 
Tapi kan, saya dapat rasakan suction Freemie Cup ni tak sekuat kalau saya guna corong Autumnz Passion. Saya dah tekan sampai level 9 pun still rasa tak kuat. Alamak! Macam mana ni????
 
Saya dah mula rasa sedih. Mahal kot and dah keluar duit banyak. Saya buat adjustment dengan potong tiub Freemie (haa.. part ni jangan ikut ye. Sebab memang sangat sengal pergi potong tiub Freemie tu. Dahlah nak cari tiub yang sama payah! Haha! Tolong jangan ikut ok!) Resultnya tetap sama; suction tak kuat. Lepas tu saya pergi pula One Baby World nak cari ganti tiub Freemie yang dah terpotong tu, tak ada jual pula! Then, as a final solution (still try and error), saya beli tiub Autumnz Passion sebagai tambahan dan ganti kepada tiub Freemie tu.
 
 
Tiub Freemie yang dah dipotong dan sukar untuk dicari ganti :”(
 
 
Rasa sedih sangat setiap kali terpandang kotak Freemie tu. Selagi saya tak dapat solution, saya memang tak boleh duduk diam. Otak terus berfikir macam mana nak bagi suction kuat. Dah invest banyak, kena pastikan ada hasil! Kemudian tah macam mana, Allah beri ilham. Selepas a few trials, akhirnya saya dapat solution! Saya tak ikut pun manual yang diberi dan saya guna cara saya sendiri. Alhamdulillah, its work! Dan tips ini saya ada kongsikan juga bersama Kak Fazi dan ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama di page Kak Fazi (dulu Kak Fazi pun tak pakai Freemie sebab masalah yang sama, then sekarang beliau juga gunakan bila ada kursus di luar). Alhamdulillah, selesai satu masalah.
 
 
Atas: Barrier Freemie (anti-back flow)
Bawah: Tiub Autumnz Passion
 
Tiub Passion disambung terus ke Freemie Cup dan barrier
(sambungan tiub menjadi lebih pendek)
 
Taraaa! Ni lah hasilnya. Saya guna powerbank, so senang tak perlu cari power supply.
 
Formulanya mudah, guna konsep Air Pressure: semakin dekat barrier (anti-back flow) tu dengan lubang tiub motor pam, semakin kuat suction Freemie. Macam gambar di atas. Boleh buat perbandingan dengan gambar sebelum tu (yang ikut manual). Barrier ni wajib pakai sebab tanpa barrier, chances untuk susu termasuk ke motor pam adalah sangat tinggi (boleh rosak pam nanti).
 
Saya totally guna Freemie bila dah mula kerja. Di rumah, saya lebih selesa guna corong Passion sahaja.
 
 
Saya suka buat single pumping di rumah.
 
Alhamdulillah, hingga ke hari ini, Freemie sangat berbakti kepada saya. Dengan Freemie, saya dapat mengepam 3x sehari pada waktu yang konsisten tanpa perlu berkejar ke tempat tersembunyi. Jadual mengepam saya di sekolah dengan Freemie adalah seperti berikut:
 
Sesi 1: 6.50 am – mengepam sambil drive ke sekolah
 
Sesi 2: 10 hingga 10.45 am (waktu murid rehat) – mengepam di bilik guru/kelas/makmal/di mana saya berada pada waktu itu @ saya akan buat power pumping pada hari jadual kurang kelas.
 
Sesi 3: 1.30 hingga 2 pm – mengepam di bilik guru/sambil drive balik
 
Alhamdulillah, setakat ni hampir kebanyakan aktiviti saya boleh menggunakan Freemie tanpa batas, tanpa perlu selak baju, tanpa perlu mendedahkan aurat dan paling penting tanpa perlu cari tempat ‘persembunyian’. Saya pernah mengepam dengan menggunakan Freemie dalam keadaaan berikut:
 
1. Sewaktu memandu ke sekolah atau balik ke rumah.
 
2. Sewaktu makan (perlu tapau makanan atau bawa bekal dan makan di bilik guru/makmal sambil mengepam) pada sesi ke-2 kebiasaannya.
 
3. Sewaktu menanda/buat kerja/attend students yang tanya soalan di bilik guru.
 
4. Waktu mesyuarat (saya akan pilih tempat di tepi dinding @ belakang sebab senang nak pasang Freemie and transfer susu tanpa menarik perhatian). Saya juga pernah berdiri ketika ditanya pentadbir tentang post moterm SPM dalam keadaan saya sedang menggunakan Freemie. Serius orang tak perasan pun. Tapi ada seorang cikgu senior yang duduk sebelah saya rasa pelik sebab nampak motor pam Autumnz yang macam mesin pam darah tu. Dia ingat saya sakit and terus tanya, “Nadia, you sakit apa?”. Bila saya explain, dia macam terkejut and tak percaya saya tengah mengepam. Hihi.
 
5. Waktu perhimpunan. Bila saya lambat, saya tiada pilihan selain menggunakan setiap peluang yang ada termasuk waktu perhimpunan. Setakat ni, dah 2x saya pernah mengepam waktu perhimpunan tanpa disedari. Kalau pun ada kawan yang perasan, itu pun sebab terlihat motor pam Autumnz yang besar tu. Selalunya diorang akan rasa pelik macam mana saya mengepam sebab tak nampak langsung Freemie Cup (sebab diorang selalu bayangkan corong pam biasa tu dengan botol).
 
6. Hari Terbuka. Quit mencabar juga waktu tengah attend parents and waktu mengepam pula tiba. Mujur ada anak-anak murid perempuan yang memahami. Diorang cover saya sekejap sewaktu saya pasang Freemie. Sekejap je. 30 saat pun tak sampai bila nak pasang tu.
 
7. Waktu berjalan. Pernah beberapa kali saya tengah mengepam tiba-tiba dapat call penting. Nak stop pam rasa sayang jadi saya terus sumbat motor pam Autumnz dalam cooler bag dan terus berjalan sambil mengepam. Tapi tak boleh jalan laju sangat. Kena steady je. Bila jumpa orang waktu tengah berjalan tu, saya buat biasa je walaupun rasa risau bagai kalau susu tumpah. And macam biasa, tak ada siapa pun yang perasan. Hehe 🙂
 
8. Waktu kursus Kimia di Mersing. Agak mencabar juga sebab bilik seminar tiada aircond (ada sebenarnya tapi tak kuat waktu tu and hanya menggunakan kipas) dan saya perlu berulang alik ke bilik guru sekolah tersebut menumpang peti ais sebab ice pack sudah mencair. Cabaran lain waktu itu, saya tersilap pilih tempat duduk. Walaupun dapat duduk di tepi dinding, tapi di belakang saya penuh cikgu-cikgu lelaki. Mujur sudah ada teknik nak pasang Freemie (hingga kawan sebelah pun tak sedar saya sedang mengepam), kalau tak mungkin saya akan dikekang dengan rasa malu juga. Pesanan otai PSI: Nak jayakan PSI, tak boleh nak fikirkan perasaan malu. Keperluan anak lebih utama dalam saat-saat begini. Kena bijak untuk tangani setiap masalah dan kreatif ketika berhadapan dengan setiap keadaan 🙂
 
 
So menyesal tak saya beli Freemie?
Alhamdulillah, jawapannya tentulah tidak. Freemie banyak membantu saya menjaga jadual mengepam saya. Cuma sekali sahaja saya tidak dapat gunakan Freemie; waktu saya jadi pengacara. Waktu tu, memang dah tiba waktu mengepam and cik B pun dah rasa engorge. Saya agak terbatas nak mengepam saat itu sebab bila jadi mc ni, banyak keadaan yang tak diduga. Nak contact dengan orang hadiah, orang persembahan, orang media, dan PA system. Jadi kalut juga kot. So saya menahan diri jelah dari mengepam. Habis tugas, saya terus berlari ke tempat yang aman damai untuk mengepam sambil makan. Sebenarnya, boleh je saya nak pasang Freemie siap-siap. Tapi, motor pam Autumnz saya agak besar dan tak boleh attach pada baju or gantung di leher. Kalau saiz dia kecil macam Medela atau jenama pam yang baru-baru tu mungkin ok kot. So boleh terus gantung je kan. (Hmmm.. Macam best and boleh dipertimbangkan untuk dibeli. Hehe.)
 
Kawan-kawan saya pun ramai yang nak beli Freemie Cup bila tengok saya selesa mengepam di mana-mana. Saya pun banyak berkongsi kebaikan Freemie Cup dengan diorang. Perkara baik kan? Kenapa perlu dirahsiakan. Jadi kalau ada ibu-ibu yang rasa kurang selesa nak mengepam guna corong biasa tu, saya suggest gunalah Freemie. Memang perlu melabur lebih. Tapi hasil pelaburan yang kalian akan dapat memang sangat berbaloi. Paling penting jaga minum, makan, demand dan supply, in shaa Allah hasilnya sangat muai 🙂
 
Saya berkongsi di sini bukan untuk ibu-ibu jadikannya sebagai panduan utama. Jangan ikut cara saya ini sekiranya di luar budget. Tidak semestinya memerlukan kesemua aksesori ini untuk memastikan PSI berjaya. Kalau mahir guna kaedah marmet atau guna pam manual pun masih boleh kumpul stok juga. Saya memang mengumpul duit sekian lama. Jadi saya gunakan simpanan saya itu untuk membeli pam-pam ini. Saya anggap rezeki lebih ini adalah untuk Nur Khadijah. Jadi terpulang kepada keperluan dan budget masing-masing ya. Berdoa pada Allah semoga rezeki susu buat anak-anak kita sentiasa ada dan mencukupi untuk tumbesaran mereka.



Alatan mengepam saya:
1. Avent Manual Breast Pump (RM160) – dah let go dengan harga RM100 je
2. Freemie Cup Collection (RM299)
3. Autumnz Passion Double Electric Breastpump (RM359 + free gift)
4. Autumnz Manual Converter Pump (Free) – dah bagi pada kawan

 

Rakan-rakan ttcian juga  boleh mula belajar tentang PSI ni. Sebab dulu selama 3 tahun penantian, saya banyak juga membaca tentang PSI walaupun masa tu tak faham sangat. At least boleh boost positive affirmation kan 🙂
 
Salam PSI. Berjumpa di lain entry.

This Post Has 4 Comments

  1. Unknown

    terima kasih atas perkongsian puan. sgt memberi semangat kpd ibu2 yg berkerja dan menyusukan anak. cup freemie sesuai utk semua saiz miss b? boleh reply kpd email saya sfairuz83@gmail.com

  2. Unknown

    Saya nak tanya ada masalah susu msk dlm tube tak?
    Hanim pun guna Auntumz Passion + Freemie..tp x terpikir cara pasang mcm awk..ikut manual freemie..susu msk dlm tiub ;(

  3. mummy

    Terima kasih cikgu nadia, info yg sangat padat..saya baru nak guna freemie ni…harga yg skrg ni mmg dah naik..saya keje bhgn kaunter di hospital yg rehat hanya boleh setgh jam dgn perlu gilir2 rehat kwn..nasib baik review setiap blog utk autumnz passion ni…ape pon sangat bagussss..
    Hihiii..
    daripada : nadia @ mummysolah

  4. Farah

    Terima kasih atas perkongsian cikgu…saya ada banyak soalan nak tanya berkaitan freemie ng autumnz passion.. Boleh cikgu bg no fon? Ni email saya : adira0412@gmail.com

Comments are closed.