You are currently viewing Bayi stress bila ibu stress! Kenapa?

Bayi stress bila ibu stress! Kenapa?

IBU STRESS, BAYI PUN IKUT STRESS! Ibu yang panik, sedih dan stress akan menyebabkan bayi memberikan respons yang sama juga. Ibu akan lebih tertekan apatah lagi jika masih berpantang dan terhalang untuk luahkan apa yang ibu rasa.

Keadaan ini akan menyukarkan ibu untuk menyusukan bayi mereka dengan tenang. Bila ibu berada dalam keadaan ni, penting untuk dapatkan bantuan orang lain untuk kendalikan bayi terlebih dahulu sementara ibu mengurus diri dan mencari masa untuk relaks sekejap.

Bila emosi ibu sudah terurus, lebih mudah untuk ibu kendalikan bayi. Emosi ibu baru lepas bersalin dan ada bayi ni tak boleh buat main-main. Dari baby blues kalau dibiar silap-silap boleh postpartum depression nanti.

Jadi dalam hal ni, SUAMI kenalah main peranan.Apa yang SUAMI boleh bantu isteri dalam keadaan seperti ini?

1. Bantu salinkan pampers bayi sebelum atau selepas menyusu.

2. Bantu mandikan bayi.

3. Skin to skin dengan bayi – ayah pun boleh lakukan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi. Caranya, bayi hanya memakai pampers dan diletakkan di atas dada ayah tanpa baju.

4. Bantu tenangkan bayi ketika bayi menangis dan tidak melulu memaksa ibu menyusukan bayi. Periksa kenapa bayi menangis, mungkin dia tak selesa, mahu dibedung, keperluan tidur yang tak cukup dan lain-lain.

5. Sentiasa tanya isteri sama ada dia OK atau tak. Jika isteri kata OK, tapi reaksinya tidak menggambarkan seperti dia OK, suami boleh bertanya sama ada isteri sudah makan atau belum, nak mandi dulu atau tak, dan suami juga boleh bantu urut belakang badan isteri jika isteri mengadu penat.

Nah, nampak mudah je kan bantuan yang suami boleh berikan? Buat perkara simple macam ni pun boleh beri IMPAK POSITIF pada isteri dan bayi tau.

Image may contain: text that says "POSTPARTUM DEPRESSION POSTPARTUM DEPRESSION THE BABY BLUES Postpartum depression (PPD) isa mood disorder that affects women after childbirth. Mothers can experience ience feelings extreme anxiety, difficult complete daily could consequences both mother and family. Blues" is lot more common than PPD, the symptoms this condition usually happen the few days and less than PPD and don't SYMPTOMS Severe mood swings irritability Feelings guilt inadequacy -Withdrawal family friends -Difficulty with the baby *Overwhelming fatigue *Insomnia Loss appetite Loss SYMPTOMS Sadness Changes patterns Reduced libido sleeping eating Impatience Restlessness Irritability *Anxiety"

Nasihat untuk ibu-ibu yang mungkin rasa tertekan atau kemurungan, boleh lakukan beberapa langkah berikut:

1. Jaga kesihatan emosi dan mental dahulu. Ibu yang sihat emosi dan mentalnya akan dapat berfikir dengan tenang untuk memenuhi keperluan bayi.

2. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Pastikan cukup mengikut piramid makanan yang disyorkan. Ibu menyusu perlu makan dengan betul dan cukup supaya kekal bertenaga untuk menyusukan bayi.

3. Dapatkan rehat yang cukup. Ketika bayi tidur, ibu juga perlu tidur untuk ‘nap’. Ini cara untuk ibu dapat berehat dengan cukup. Cukup tu bukanlah bermaksud ibu tidur straight 6-8 jam. Tapi cukup bila ibu dapat lelapkan mata waktu bayi sedang tidur sekali.

4. Lakukan exercise yang ringan di rumah. Ibu boleh berjalan satu rumah dan bukan baring sahaja atas katil.

5. Selesaikan masalah penyusuan dengan segera. Contohnya ibu alami bengkak susu. Dapatkan tukang urut segera atau ibu perlu redakan bengkak yang dialami sebelum menjadi lebih teruk.

6. Lupakan dahulu tentang housechores jika ibu masih dalam pantang. Ibu perlu rehat yang cukup dan beri peluang badan untuk rehat. Lepas ibu dah kuat dan dah kenal dengan behaviour baby, ibu boleh lakukan semua ini pada masa yang ibu terluang.

7. Dapatkan bantuan dari pasangan atau ahli keluarga yang lain jika perlu untuk ringankan beban ibu.

8. Lakukan perkara yang menggembirakan ibu. Jika ibu rasa gembira untuk menonton TV atau membaca buku, ibu boleh lakukan tanpa masalah. KEYWORDNYA adalah untuk pastikan emosi ibu stabil dan gembira.

9. Perkemaskan diri supaya ibu rasa lebih yakin walaupun di rumah. Mandi, uruskan diri, sikat rambut, tukar pad dan pakailah baju yang ibu selesa di rumah.

10. Dapatkan sokongan dari kawan-kawan yang menyusu atau ibu boleh join mana-mana support group yang ada di facebook.

11. Acknowledge your negative feeling. Kalau ibu rasa nak menangis, menangislah supaya beban emosi ibu tak terasa berat.

12. Jika ibu tak dapat kendalikan stress dan emosi dengan baik, dapatkan bantuan kaunseling atau terapi kognitif supaya ibu dapat menjadi seorang yang lebih positif.

13. Banyak berzikir dan berdoa supaya ibu lebih tenang. Ibu juga boleh lakukan art therapy bila perlu.“Making an effort to take care of yourself may well make you feel better”

.#SHARE post ini supaya lebih ramai ibu-ibu di luar sana yang dapat dibantu. #TAG kawan-kawan mommies yang perlukan tips ini.

Nad Masrom Certified Lactation Counselor. Facilitator Art Therapy in Breastfeeding