You are currently viewing Bayi saya tak suka susu beku?

Bayi saya tak suka susu beku?

10 Jenis Sakit Kepala Berdasarkan Penyebabnya

“Bayi saya tidak suka susu beku?”.Dalam susu ibu terdapat sejenis enzim iaitu ‘Lipase’. Enzim Lipase membantu sistem pencernaan bayi dan memastikan penyerapan nutrien adalah lebih baik.

Lipase juga akan mencernakan lemak yang terkandung di dalam susu ibu. Proses pencernaan ini adakalanya menjadikan susu berubah bau menjadi sengit dan kadangkala berasa seperti sabun. .Semua ibu mempunyai kandungan lipase dalam badan.

Cuma, ada sesetengah ibu yang mempunyai kadar enzim lipase yang lebih tinggi menjadikan penguraian lemak dalam susu ibu berlaku dengan lebih cepat..Keadaan ini bukanlah satu masalah sebenarnya kerana susu itu masih lagi boleh diminum.

Yang menjadi masalah ialah apabila bayi menolak susu perahan tersebut terutama susu yang telah dibekukan kerana perubahan rasa yang ketara disebabkan penguraian lemak yang berlaku.

Bayi Menangis Tanpa Sebab - Bagaimana Cara Untuk Tenangkannya? |  theAsianparent Malaysia

Ada sesetengah ibu yang tiada masalah untuk memberikan susu beku kepada bayi kerana mungkin kandungan lipase yang rendah dan rasa susu ibu tidak berubah.

Tapi sesetengah ibu yang lain mungkin kerap mengalami masalah ini disebabkan oleh kandungan lipase yang tinggi dalam susu dan menyebabkan baby refuse susu beku (frozen EBM).

Jadi untuk mengatasi masalah susu beku terbuang begitu sahaja, ada beberapa tips yang mommies boleh praktiskan untuk ‘latih’ bayi terima susu beku dengan baik..

1. Sewaktu kali pertama mengajar anak menyusu dengan menggunakan botol, mulakan dengan fresh EBM dahulu (susu yang baru diperah) kerana rasa fresh EBM tidak berubah dan bayi lebih mudah terima..Boleh rujuk link ini untuk tips “Cara ajar bayi minum EBM menggunakan botol” ??https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1838862949665668.1073741838.1790216991196931&type=3.

2. Selepas bayi terima dengan baik, boleh ajar bayi dengan chilled EBM. Dan selepas bayi terima chilled EBM boleh perkenalkan dengan frozen EBM pula.

3. Untuk mengelakkan bayi reject frozen EBM, boleh campurkan chilled EBM dangan frozen EBM yang telah dicairkan mengikut ratio berikut secara berperingkat:.

Contoh: Jika bayi minum 4oz per session – 3oz chilled EBM :

  • 1oz frozen EBM- 2oz chilled EBM :
  • 2oz frozen EBM- 1oz chilled EBM :
  • 3 oz frozen EBM- 4oz sepenuhnya frozen EBM.

“Kalau saya ajar anak minum frozen EBM terus boleh tak tanpa ikut steps ni?”.

Jawapannya: BOLEH kalau baby mommies terus terima tanpa masalah..Yang jadi masalah ialah bila baby yang terus diberi FROZEN EBM dan kemudian refuse dan reject rasa frozen EBM dan lepas tu REJECT BOTOL terus! .

Sebab baby ingat BOTOL tu yang rasa tak sedap. Dah tak pasal2 mommies pening baby tak nak minum botol langsung. Susah bagi ibu-ibu yang bekerja kalau baby reject botol terus. .Jadi, adalah lebih baik kalau mommies lakukan secara berperingkat. .

“Saya dah buat semua steps ni tapi baby still reject juga semua susu frozen”.Kalau ini berlaku, mungkin disebabkan faktor kandungan enzim lipase yang terlalu tinggi dalam susu ibu.

.Mommies boleh cuba merasa susu perahan yang telah disejukkan dan dibiarkan di dalam chiller selama beberapa hari.

Kalau perubahan rasa susu ketara antara hari demi hari, itu adalah tanda kandungan enzim lipase yang tinggi dalam susu ibu. Punca kandungan enzim lipase tinggi atau berbeza tak dapat Kak Nad kenal pasti. Kenalah rujuk pada yang pakar untuk tahu lebih lanjut.

Ada satu teknik yang disebut ‘SCALDING’ antara pilihan terakhir yang boleh dilakukan untuk kes-kes seperti ini. Cuma teknik ini boleh memusnahkan sebahagian nutrien dalam susu ibu.

Kak Nad tak nak ulas sangat tentang teknik ni kerana Kak Nad yakin anak-anak kita masih boleh dilatih dengan teknik-teknik di atas..Memang bukan mudah tapi yakin dan berdoalah semoga perjalanan penyusuan mommies selama 2 tahun dipermudahkan-Nya.

Berdoalah sejak bayi dalam kandungan lagi agar bayi dapat menyusu dengan baik dan sentiasa bekerjasama dengan mommies. Katakan selalu padanya, minumlah susu ibu kerana di dalam susu ini ada cinta dan kasih sayang.

In shaa Allah bila mommies selalu berbicara dengannya, semuanya akan jadi mudah nanti ☺️.Semoga perkongsian ini memberi manfaat…Salam penyusuan susu ibu dari : Nad Masrom