BAYI MENANGIS BUKAN SEMATA-MATA NAK SUSU
Sebenarnya dah banyak kali juga saya dapat soalan dari mommies yang selalu risau bila bayi asyik menangis.Mommies stress bayi menangis macam tak cukup susu, susu sikit, susu cair, susu tak cukup lemak, susu tak cukup khasiat dan bermacam lagi.
Akhirnya menyalahkan ‘susu’.Menangis ialah satu-satunya cara bayi berkomunikasi.
“Saya takut””Saya tak selesa””Saya sejuk””Saya gatal””Saya sakit perut””Saya mengantuk!”Semua ni diekspresikan secara MENANGIS. Tanda bayi ingin minta bantuan dari orang sekelilingnya.
Sebab hanya itu sahaja cara komunikasi yang bayi tahu iaitu dengan MENANGIS dan bukanlah bayi menangis semata-mata kerana nak susu sahaja.Kelmarin saya jumpa satu buku “The Secret Language of Baby” di library Aeon.
Biasanya kalau saya pergi kedai buku atau perpustakaan, mesti buku berkaitan breastfeeding atau baby behavior yang saya cari selain buku motivasi.Menarik buku ni sebab penulis jelaskan lebih terperinci kenapa bayi menangis. Boleh rujuk setiap gambar.
Video Dunstan Baby Language pun saya upload juga. Dunstan share 5 jenis tangisan dan kalau kita berlatih untuk dengar, hampir sama dengan tangisan anak kita dan mesej yang nak disampaikan.
SHARE jika bermanfaat.
Nad Masrom, Kaunselor Laktasi Suka Baca Buku
Still. Susah nak faham tangisannya. Anak asyik nak mengempeng je. Nak solat pun susah. Nak ajar bagi botol tak nak dah sebab dah biasa badan. Stress. Orang sekeliling cakap anak tak independent. Saya manjakan sangat kot. Entahla. Penat. Baru 8 bulan. Nak sampai ke 2 tahun macam ni. Orang suruh enjoy pun saya tak dapat.