You are currently viewing Bayi bawah 6 bulan tidak boleh diberi nestum atau air masak

Bayi bawah 6 bulan tidak boleh diberi nestum atau air masak

Saya sedang jaga mak mertua yang kurang sihat. Dengan Fatimah sekali. Mujurlah Fatimah ni sejenis yang dah biasa ikut ke mana pun, jadi dia baik-baik sahaja sejak semalam.

Kemudian, ada seorang pelawat yang datang dan tegur betapa ‘gebunya’ Fatimah.Seperti biasa, soalan yang akan kerap ditanya “minum susu apa ni?”.Mak mertua laju menjawab dalam keadaan lemah “Susu badan je.

9 Perkara Yang Kita Akan Rindu Bila Bayi Semakin Besar

Dia ni cikgu mengajar menyusu. Kalau nak tanya, boleh tanya dia je..”, kata mak mertua tujukan pada anak pelawat tadi yang sedang sarat.Saya macam selalu, terkuis-kuis malu.

Terus si ibu muda merangkap anak makcik itu tanya saya beberapa soalan tentang penyusuan. Saya cuba menjawab sehabis baik merujuk kepada setiap soalan beliau. “Ala anak-anak saya semua dulu minum nestum masa sebulan..” sampuk si makcik tadi merangkap mak si ibu muda itu.

Bulat mata mak mertua saya. Segar terus muka dia yang dari semalam asyik baring sahaja.”Minum nestum sebulan?”, tanya mak mertua saya sambil pandang muka saya.

Risiko Usus Luka & Tersumbat Jika Beri Makanan Pejal Kepada Bayi Sebelum  Umur 6 Bulan

Sebagai seorang nenek yang pernah kehilangan cucunya, pandangan mak mertua saya tu jelas merisaukan.”Bancuhlah cair-cair, lepas tu bagi minum air banyak-banyak”, kata makcik itu lagi.

Saya macam dah tak boleh berdiam. Selama ni saya memang bukan jenis berkongsi dengan semua orang yang saya tak kenal. Tapi memandangkan makcik tadi bakal menerima cucu dalam beberapa minggu lagi, saya terpaksa bersuara.”Bahaya bagi macam tu.

Usus bayi masih belum matang (apatah lagi baru sebulan jerit hati saya). Dan bagi air masak banyak pun bahaya. Boleh jadi intoxification nanti”.”Elok je tak ada apa anak-anak semua”, jawab makcik tu.

“Dulu pun banyak kes juga yang melibatkan kematian tapi kita tak tahu sebab dulu tak macam sekarang (ada facebook belaka)”, jawab saya dengan nada masih berlembut.”Ala.. yang jadi macam tu (mati) sebab salah bancuh.

Dia tak bagi minum air banyak. Kalau bancuh cair-cair tak jadi macam tu..”ALLAH.. Saya tidak mahu menyahut lagi dan terus diamkan diri. Saya tak nak jadi biadap. Ini bukan soal dia beri susu apa pada anak-anak dia dulu.

Anak bebal, salah satu sebabnya mak ayah suka marah-marah!

Tapi dia sedang cuba beritahu yang beri bayi berusia sebulan minum Nestum adalah OK sahaja.Bagi anak minum nestum kepada bayi yang berusia sebulan adalah satu tindakan yang TIDAK WAJAR sama sekali dilakukan.

Mungkin saya tidak berjaya untuk educate makcik itu. Bukan tak nak teruskan perbincangan, tapi bila perbincangan bakal menjadi perbalahan, lebih baik saya mengalah.

Jadi saya menulis perkongsian ini dengan harapan ibu-ibu lain dapat belajar dan tidak cuba untuk merisikokan bayi masing-masing dengan memberikan nestum sebelum berusia 6 bulan walaupun nestum cair.Air yang berlebihan boleh menyebabkan water intoxification berlaku.

Water intoxication berlaku bila bayi diberikan air melebihi keperluan tubuh badannya. Tubuh manusia mengandungi 70 – 80% air dan susu ibu atau FM mengandungi air dalam 85%.

Jika bayi kurang dari 6 bulan diberikan tambahan air masak selepas minum susu boleh menyebabkan kepekatan garam dalam darah cair. Dan bayi boleh mendapat sawan tanpa demam.

Dan memberi makanan pejal kepada bayi sebelum waktunya juga boleh merisikokan usus bayi yang belum matang. Usus bayi boleh tercedera atau tersumbat. Jadi, sebelum perkara yang lebih buruk berlaku, ambillah langkah pencegahan.

Bayi menangis bukan semestinya kerana lapar. Bayi menangis kerana itulah fitrahnya untuk berkomunikasi dan minta bantuan dari kita.Jadi sebagai ibu dan ayah, lindungilah mereka dan jagalah hak mereka dari sesuatu yang kita tidak diingini berlaku kepada mereka.

Nad Masrom, Kaunselor Laktasi Anda #nadbreastfeedinginfo