Barang Mydin Pun Ok Juga

Suami aku selalu bilang, barang Mydin murah dan ok juga. Tapi my MIL kata, barang-barang Mydin tu murah sebab diorang jual barang reject. Aku tak pastilah MIL aku tahu dari mana tapi aku yakin mesti ada orang yang telah beritahu sebegitu. Pada aku, terpulang pada kepentingan penggunaan individu itu. Mahu barang berkualiti, pilih sahaja dari pasaraya ternama. Jika tidak, Mydin pun tiada salahnya.
Pada kami, barang yang ok tu bukanlah dari segi produk makanan semata-mata. Tapi dari segi alat tulis, cadar, kain langsir dan peralatan rumah. Mostly barang-barang dalam rumah kami dibeli dari Mydin. Pernah ada orang kata aku ni terlalu obses dengan produk keluaran Muslim. Pantang dengar, laju je beli. Kononnya menyokong perniagaan orang kita dan yang lebih penting, mereka yang seagama dengan kita. Sampai seorang teman pernah tegur bila aku kerap beli satu jenis teh keluaran Muslim,”Betul ke teh ni orang kita yang buat? Tah-tah diorang juga yang buat. Ko tetap kayakan diorang juga”. Hm, tentang itu, memang di luar jangkauan aku. Niat aku cuma ingin membantu bangsa yang seagama maju dalam perniagaan dan kalau boleh biarlah salurannya selepas itu ke jalan yang ‘lurus’, dan tidak sama sekali menyumbang kepada pertambahan angka kematian Pejuang Palestin di sana. Jelas kan?
Berbalik kepada cerita barang-barang Mydin tadi, aku lebih suka beli ‘benda’ di Mydin. Makanan tu tengok jugalah. Makanan yang bertin biasanya aku beli jenama yang biasa didengar, yang ada di mana-mana pasaraya. Perbezaan harga biasanya taklah jauh mana dengan barangan di G****, T**** malah E******* juga (dah rupa buat iklan banding harga pulak).
Beberapa barang dan peralatan yang aku pernah beli dan menjadi kesukaan aku ialah langsir, one set bedsheet siap dengan comforter, sticker tingkap, penyangkut kuali, dan alas meja (ada 3 helai semuanya tapi aku dah beri pada ex-housemate di JB). Banyak lagi sebenarnya, tapi yang aku dah list ni, aku dah guna untuk satu tempoh yang agak lama juga dengan harganya yang murah dan Alhamdulillah masih boleh dipakai sehingga kini.
Sticker tingkap ni ukuran keseluruhan dalam 3 meter.
Aku beli sebab tak nak nampak sangat bahagian dapur dari living hall. Harga RM27.

 Langsir ni aku pasang kat bilik adik lelaki aku.
Untuk 3 panel ni harganya RM24.90 (dah siap jahit).
Langsir 2 panel ni aku letak di mini office suami.
Tak letak day curtain sebab suami suka buat kerja sambil buka tingkap. Harga RM19.90.
One set bedsheet siap dengan comforter ni aku tak ingat harga dia.
 Tapi lebih kurang RM40++. Tak lebih dari RM50 rasanya.
Penyangkut dinding ni ada dua unit. Harga RM6.90. Sangat utuh dan kuat.
Letak kuali berat pun tak apa-apa. Tak perlu nak tebuk dinding sebab just perlu lekap pada dinding mozek je.
Konsep perlekatan adalah tekanan udara dari luar.

Dulu cikgu sekolah rendah aku pernah bilang, siapa lagi yang mahu tolong orang ‘kita’ kalau bukan kita. Tapi orang ‘kita’ ni pula kadang-kadang naik berlemak dan banyak yang masih sambil lewa bila nak ditolong. Contohnya tempah baju, lambat siap. Buat rumah, retak sana sini, bocor itu ini. Hantar servis kereta, bukan makin baik tapi makin teruk jadinya. Itu belum cerita rasuah, duit tepi, dan sebagainya. Tepuk dada, tanyalah iman. Buatlah semuanya bukan semata-mata kerana keuntungan. Tapi biarlah kerana Allah SWT. Insya-Allah hidup berkat dan selamat dunia akhirat.

This Post Has 5 Comments

  1. sakila's craft

    sticker tu cantik…dah lama cari…tak tau lak ada kat mydin…thanx sbb bg info..

  2. Anonymous

    Kat bahagian mana nak cari sticker tingkap tue kat Mydin ye? Thanks.

  3. Feed by Ummi Najla

    Kalau di mydin kulai, saya cari kat bahagian tools, yg ada jual barang2 mcm brg bilik air, kereta and so on. Harap dapat membantu 🙂

  4. Unknown

    thanks.. i need that sticker tingkap 🙂

Comments are closed.