You are currently viewing Bagaimana Susu dihasilkan Fasa 3

Bagaimana Susu dihasilkan Fasa 3

Bagaimana susu dihasilkan Fasa 3

Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam? Doktor Dedah Beberapa Faktor & Tips  Buat Ibu Bapa

Fasa 1 , fasa 2 pun dah di bincangkan , okay fasa yang ke 3 terakhir yang akan saya kongsikan bagaimana susu dihasilkan. Kepada yang terlepas untuk membaca topik penyusuan bagaimana susu dihasilkan fasa 1 dan fasa 2 boleh pergi ke page kami untuk membaca topik ini.

Apa yang ada dalam proses fasa ketiga? Fasa ini mengekalkan susu yang mencukupi atau disebut galatopoesis. Hormon prolaktin dan oksitosin adalah hormone yang penting bagi fasa ini berlaku secara berterusan.

1.Hormon Progesteron dihasilkan oleh plasenta.

Hormon ini diperlukan bagi meneruskan dan jumlah yang tinggi semasa hamil. Menghalang prolaktin bagi menghasilkan susu yang banyak semasa hamil.

2.Hormon prolaktin dirembeskan daripada bahagian pituitary satu kelenjar di otak.

Hormon ini penting bagi penghasilan susu dan merangsang perasaan kasih sayang kepada bayinya serta mempunyai reseptor di bahagian alveolus. Prolaktin dalam aliran darah dan melekat pada reseptor di alveolus supaya proses laktogenesis berlaku.ia umpama konsep kunci dan mangga.

3.Hormon oksitosis dikeluarkan oleh bahagian belakang kelenjar pituitary otak.

Ia juga dirembeskan semasa sentuhan dari kulit ke kulit, apabila dilamun cinta atau gembira. Fungsinya adalah merangsang reflex ejeksi susu (mer) dan mengecutkan Rahim semasa proses bersalin bagi mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin.

4.Akhirnya, faktor perencat penyusuan feedback of lactation adalah sejenis protein yang ada di dalam susu ibu . fungsinya menghalang lebih banyak susu dihasilkan sekiranya ia dibiarkan berada di dalam payudara. Ia adalah seumpama penjaga kilang yang menghalang penghasilan sesuatu produk.

Tips Pilih Botol Susu Yang Paling Selamat Untuk Anak Tersayang - Bidadari.My

Alhamdulillah selesai penulisan saya untuk ketiga tiga fasa. Semoga ilmu pengetahuan ini dapat memberi manfaat kepada para ibu dan boleh share kepada rakan-rakan yang lain supaya kita sama-sama dapat menjayakan penyusuan susu ibu.

Sumber ini dapat daripada MEMBESARKAN ANAK HEBAT DENGAN SUSU IBU.         

untuk lihat video ilmu penyusuan yang lebih menarik boleh klik di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=fuShz4SyVrk