You are currently viewing Bagaimana susu dihasilkan fasa 2

Bagaimana susu dihasilkan fasa 2

Bagaimana susu dihasilkan pada fasa 2 ye?

Tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda mendapat susu yang mencukupi -  BabyCenter

Sambungan daripada fasa satu iaitu bagaimana susu dihasilkan? Fasa dua ni juga terpecah kepada 2 bahagian iaitu fasa laktogenesis dan kelewatan fasa laktogenesis .

.

Saya akan kongsikan apa fasa 2 laktogenesis :

  • Bermula seawal 72 jam selepas kelahiran.
  • Selepas kelahiran anak dan plasenta (uri) dikeluarkan, paras progesterone turun dengan mendadak.
  • Prolactin dalam aliran darah ibu berfungsi secara maksimum bagi menghasilkan susu yang banyak.
  • Kebanyakkan ibu berasa payudara mereka penuh dan lebih berat.
  • Fasa ini adalah fasa kawalan autokrin, iaitu penghasilan susu yang seterusnya bergantung pada beberapa kerap dan efektif susu dikeluarkan daripada payudara.

https://www.youtube.com/watch?v=wHMVX3XVPDA

Kelewatan fasa dua faktor-faktor risiko kelewatan fasa dua :

  • Kelahiran anak pertama.
  • Bersalin secara pembedahan.
  • Kelewatan penyusuan pada kali pertama.
  • Ibu berpenyakit kencing manis dan darah tinggi.
  • Menerima ubat-ubatan ataupun bius semasa proses bersalin.
  • Kegemukan ibu.
  • Uri tertinggal di dalam Rahim.
  • Beberapa masalah hormone seperti polycyctic ovarian syndrome (pcos)

Tahukah anda? Kolostrum yang dihasilkan semasa fasa 1 adalah tinggi dengan garam dan protein. Susu yang dihasilkan semasa fasa 2 pula lebih tinggi dengan lemak dan laktos.

Sumber ini dari buku MEMBESARKAN ANAK HEBAT DENGAN SUSU IBU.

Ikuti perkembangan kami di facebook dan instagram . Banyak yang akan kami kongsi dari kaunselor laktasi kita Puan Nad Masrom

untuk baca artikel fasa 1 laktogenesis boleh klik di sini .