You are currently viewing Bagaimana Susu Dihasilkan? Fasa 1

Bagaimana Susu Dihasilkan? Fasa 1

Bagaimana Susu Dihasilkan? Fasa 1

Bagaimana Susu dihasilkan , saya pasti ramai orang tertanya macam mana kan ? Susu juga akan dihasilkan melalui setiap peringkat . Proses penghasilan susu disebut laktogenesis . Proses itu terbahagi kepada tiga fasa .

Jadi Ibu Menyusu Kena Kuatkan Mental. Ini 8 Rutin Baru Yang Akan Dilalui  Dalam Tempoh 2 Tahun

Mari saya senaraikan fasa yang pertama .

Penghasilan susu awal yang disebut kolostrum dihasilkan pada pertengahan pertama kehamilan.

Apabila kandungan berusia empat bulan , penghasilan susu terus berlaku walaupun kandungan tidak membesar.

Sesetengah ibu mendapati susu meleleh keluar semasa hamil dan cuba memerahnya. Ibu digalakkan supaya mendapatkan khidmat nasihat doctor ataupun pakar laktasi sebelum melakukannya.

Lazimnya, fasa satu laktogenesis ini berakhir pada hari kedua ataupun ketiga selepas melahirkan anak.

Fasa satu laktogenesis ini dikawal sepenuhnya oleh hormone dan dikenali sebagai fasa kawalan endokrin.

Pendapat yang mengatakan tiada susu selepas melahirkan adalah mitos yang tidak tepat.Kolostrum dihasilkan semasa hamil dan selepas hamil , dan jumlahnya adalah kecil. Ini bersesuaian dengan saiz perut bayi baru lahir.

Tahukah anda? Jumlah Kolostrum yang dihasilkan oleh wanita adalah sama, sama ada mereka menyusukan bayi selepas bersalin ataupun tidak,  kerana ia dikawal oleh hormone yang ada pada setiap wanita yang hamil.

Sumber ini dari buku MEMBESARKAN ANAK HEBAT DENGAN SUSU IBU .

Ikuti perkembangan kami di facebook dan instagram . Banyak yang akan kami kongsi dari kaunselor laktasi kita Puan Nad Masrom

Nak tengok Bagaimana Susu dihasilkan part 2? klik link ini