You are currently viewing Art Therapy in Breastfeeding (kisah 3 ibu)

Art Therapy in Breastfeeding (kisah 3 ibu)

Dalam banyak-banyak sesi kaunseling penyusuan yang saya pernah kendalikan, ada beberapa kes yang saya sukar untuk lupakan.

Kes pertama, seorang ibu muda lewat 20-an datang dengan wajah yang sugul. Orangnya cantik cuma sedikit tak terurus tudung yang dipakai. Suaminya masuk dengan wajah yang ceria.Datang untuk sesi kaunseling kerana anak asyik menangis sahaja setiap kali menyusu.

3 Alasan Bayi Menangis Saat Tidur dan Cara Mengatasinya

Bila saya lihat, posisi ok, lekapan cantik, menyusu pun ok. Saya pegang, baby diam. Ibu pegang, baby menangis. Saya pegang tangan ibu itu.“Puan ok?” Dia jawab ok. “Ada apa-apa puan nak kongsi dengan saya?”Dia geleng kepala.

Saya keluarkan kertas lukisan dan beberapa alat mewarna. Saya nampak wajah dia sedikit hairan. Saya minta dia lukis beberapa perkara. Saya bimbing untuk dia lukis dengan menggunakan beberapa tema.Mula-mula, kertas lukisan tu kosong tanpa warna.

Mewarna Boleh Buat Anak Pandai. Jangan Pandang Rendah Tau! - Pa&Ma

Krayon di tangan ibu itu dikuis-kuis. Selang beberapa minit, beberapa gambar dilakarkan penuh emosi. Si suami menunggu penuh debaran. 1 jam ibu meluahkan emosi atas kertas dengan pelbagai lukisan yang tiada siapa tahu cerita di sebaliknya.

Kemudian, lukisan itu diteroka bersama-sama untuk diproses. Maka, segala cerita yang dipendam (yang tiada kaitan dengan penyusuan) semua keluar.Kisah yang menjadi punca ibu alami depresi hingga mengalami kesukaran untuk menyusukan bayi dengan tenang dan relaks.

Air mata ibu tumpah. Suaminya kelihatan gelisah. Barulah disedari yang jiwa isteri sedang luka parah. Suami dakap isteri dengan simpati. Rasa bersalah menyelubungi diri kerana rupanya perkara yang disangka remeh itulah punca isteri memendam rasa.

Kes kedua, ibu dalam pantang mengadu bengkak susu minta saya bantu untuk redakan. Bengkak susu yang dialami masih ok lagi.Tapi bila saya sentuh, ibu menggigil. Bergegar tubuh badan. Saya tak urut lagi. Hanya sentuh sahaja.

Bila ibu tenang sedikit, barulah saya bantu urut si ibu. Kemudian saya bimbing ibu menyusukan bayi yang sudah keliru puting. Nampak ada progress yang bagus.Ibu mula selesa untuk bercerita dengan saya.

Trauma yang dialami awal bersalin menyebabkan dia rasa sangat tertekan dan susah untuk menyusukan bayi dengan tenang.Rasa sakit, takut, nak mati, nak jerit – semua datang bertalu-talu.Sampaikan ibu rasa nak bunuh bayi setiap kali bayi menangis tak berhenti.

Serabutnya kepala dengar tangisan itu!Dan lebih sedih bila kesukaran yang dialami waktu bersalin dituduh orang sebagai dosa dan derhaka pada suami.

Kemudian terkeluar juga cerita konflik yang dialami bersama suami menyebabkan dia bersalin sendirian dan mengalami trauma bersalin yang sangat teruk.

Drama dalam mall! 'Panas' lihat gambar kaum sejenis dirakam curi-curi,  wanita ini berani sergah 2 lelaki - “Gadis itu menangis terduduk di lantai”  - Viral | mStar

Akhirnya ibu depresi dan selalu rasa macam nak mati untuk tamatkan semua ini. Kalau tidak dibantu segera, mungkin ibu sudah menamatkan hayat diri dan bayi yang dijaga sendiri.Semua ini bukanlah main-main. Ibu bukan mengada-ngada untuk cari perhatian.

Tapi ibu perlukan bantuan.Ada di antara ibu yang ‘sakit’ ini akan berubah sifatnya. Mereka boleh jadi sangat pendiam, sangat suka ketawa, atau boleh menjadi seorang yang berhati batu dan agresif juga.

Tapi percayalah, ibu-ibu ini jika berjaya dibimbing keluar dan disedarkan tentang dunia realiti sebenar, mereka akan jadi lebih baik dari sebelum ini.

Usahlah diselar ibu-ibu ini sebagai orang tak cukup iman. Ada di antara mereka yang berusaha mengisi jiwa mereka cuma ‘tekanan’ itu tidak disalurkan keluar dengan betul.Tak semua ibu mampu kendalikan tekanan dengan cara yang sama.

Usah dibanding pula dengan bilangan anak yang ibu itu ada dengan berapa ramai anak yang kita ada. Itu prejudis!Jangan kerana tangan-tangan kita yang menjadi keyboard worrier memberi hujah yang bukan-bukan menyebabkan ibu lebih menyendiri dan rasa tersisih.

Takutlah nanti jika kerana mulut kita, hasutan kita, tangan kita yang menaip tanpa fikirkan kesannya terhadap orang lain akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Nad Masrom, Kaunselor Laktasi Art Therapy in Breastfeeding #nadbreastfeedinginfo

This Post Has One Comment

  1. Adawiyah

    Saya perlukan nasihat dari puan.

Comments are closed.