You are currently viewing Apa itu MER? (Milk Ejection Reflex)

Apa itu MER? (Milk Ejection Reflex)

“Apa itu MER? Dan bagaiman MER boleh menyebabkan susu menitik keluar?”.Milk Ejection Reflex (MER) sangat penting bagi memastikan susu dari payudara dapat dikeluarkan untuk diberikan kepada bayi.

Mommies perasan tak, setiap kali mommies menyusukan baby, susu mommies akan menitik keluar dekat breast sebelah lagi? .Dan ada sesetengah mommies setiap kali menyusukan baby, breast akan rasa macam kena low ‘electrical shock’ lepas beberapa saat baby hisap dan terus susu menitik keluar.

Jangan Nak berdiet Sangatlah Kalau Mak-mak Masih Menyusu Badan Guna 10 Cara  Nie Gerenti Kurus Semula jadi

Itulah yang dinamakan sebagai MER – Milk Ejection Reflex. MER ni sangat dipengaruhi oleh salah satu hormon susu, iaitu hormon OKSITOSIN.

Bagaimana MER boleh berlaku?.Bila bayi mula menghisap di payudara ibu, rangkaian saraf di puting dan areola akan menghantar isyarat kepada otak. Kelenjar pituitari di otak menerima isyarat dan akan merembeskan hormon oksitosin.

Sel-sel otot di alveolus mula mengecut dan menolak susu keluar dari alveolus ke duktus dan seterusnya ke puting..Tanpa hormon oksitosin, susu tak akan dapat dikeluarkan dari payudara sekalipun penghasilan hormon prolaktin tidak terjejas.

MER bukan sahaja boleh berlaku melalui penyusuan susu ibu sahaja, tapi MER boleh juga terjadi kalau mommies dengar baby menangis atau bila baby dan ada ‘sign’ macam nak menyusu dan mommies tahu ‘masanya telah tiba’- pun susu boleh menitik keluar juga! Ajaib kan?.

Jadi, kalau mommies tak nak susu yang menitik keluar setiap kali menyusukan baby tu terbazir, apa kata mommies kumpul susu tu. .Macam Kak Nad, Kak Nad guna MILK COLLECTOR untuk kumpul susu yang menitik keluar setiap kali feeding.

Sambil menyusu, sambil tadah ?
.
Senang guna milk collector ni, sebab tak perlu pegang. Press dan letak je kat breast, terus melekat.

Dari baju basah bau susu, baiklah susu tu dikumpul kan. Tak pasal-pasal dapat 2oz setiap kali kumpul. .Untung-untung kalau dicampur, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, dah boleh buat stok kan ?.

Ok, itu sahaja perkongsian Kak Nad hari ni. Semoga dapat beri mafaat kepada mommies nanti.

#LIKE post ni dan #SHARE untuk kongsi manfaat dengan mommies yang lain.#TAG kawan-kawan mommies yang susu asyik meleleh keluar tu ?.

Kotlah mereka ada idea nak kumpul susu tu macam mana lepas ni.

Salam Penyusuan Susu Ibu dari,Nad Masrom

Your Certified Lactation Counselor