You are currently viewing Anak kuat mengempeng lepas lahir? Susu tak cukup ke?

Anak kuat mengempeng lepas lahir? Susu tak cukup ke?

“Anak kuat mengempeng lepas lahir. Susu saya tak cukup ke?”Seorang bayi yang baru lahir hanya berasa selamat apabila berada disamping ibunya.

Bayi Menangis Tanpa Sebab - Bagaimana Cara Untuk Tenangkannya? |  theAsianparent Malaysia

Kehangatan yang dirasai saat dibedung, dipeluk, dan disusui dapat memberi rasa selamat dan keselesaan pada bayi itu. Bayi terutamanya yang baru lahir selalunya menangis selepas menyusu bukanlah kerana tak cukup susu.

Adalah normal bayi mahu ‘melekat’ dengan ibunya yang sudah bersama dengannya selama 9 bulan dalam kandungan.

Apa yang ibu perlu buat ialah terus sabar menyusukan bayi seperti biasa dan pantau juga output bayi (pampers sama ada bayi kencing atau tidak) dan cara lekapan bayi (sama ada bayi melekap baik atau seringkali terlepas).

Lumrah bayi yang baru dilahirkan akan menyusu dalam tempoh yang lama (30-45 minit) sebelum dia tertidur pada awal-awal kelahirannya. Keadaan ini sebenarnya hanyalah untuk membuatkan bayi berasa selesa dan selamat berada disamping ibunya.

Ketika cuba menyesuaikan diri dengan dunia luar yang begitu luas berbanding dunia rahim yang hangat dan sempit. Dan kerana itu, adalah sangat baik sebenarnya untuk bedungkan bayi yang baru lahir agar dia tidak merasa ‘gayat’ dan sentiasa berasa ‘selamat’.

Sekiranya ibu rasa tertekan dengan semua keadaan ini, hubungi kaunselor penyusuan dengan segera agar ibu dapat dibimbing dengan cara penyusuan yang betul dan diberikan bantuan dalam menghadapi cabaran awal dalam penyusuan.

Penting juga untuk ibu mengenal pasti masalah penyusuan yang berlaku sama ada disebabkan oleh masalah bayi seperti tongue tie atau masalah ibu seperti IGT (insufficient glandular tissue) – tetapi jarang berlaku (ratio 1/1000).

Semoga ibu-ibu yang baru melahirkan dapat melalui saat-saat awal selepas kelahiran ini dengan baik. Selamat berpantang dan selamat menyusukan bayi anda.

Penulisan ini daripada sumber penulisan Puan Nad Masrom