Al-Fatihah

9 April 2004 : Mak tercinta meninggalkan kami semua setelah 49 hari arwah abah pergi menghadap Illahi.

9 April 2012 : Genap 8 tahun sudah arwah mak pergi meninggalkan kami. Aku sangat merindui cinta dan kasih mak. Aku sangat mengkagumi ketabahan mak. Aku ingin jadi ibu yang berjasa seperti mak. Dan aku yakin sekiranya mak masih ada lagi, maklah orang yang akan setia di sisi aku sewaktu aku terlalu sedih menghadapi pemergian Najla. Aku dapat rasakan betapa mak akan memeluk aku dan menjaga aku saat itu tanpa jemu.

“Mak, kasihmu hingga ke syurga. Tiada tolok bandingnya kasihmu dengan semua harta di dunia ini. Semoga mak berbahagia di alam sana..”

Al-Fatihah untuk semua kekasih hatiku:

1. Masrom bin Sardi (Abah) – 20 Februari 2004
2. Rukimah binti Yusof (Mak) – 9 April 2004
3. Najla Batrisya binti Mawardi (Anakku yang tercinta) – 24 Ogos 2011

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas kalian~

Sent from my iPhone