AKSESORI BREAST. APA TU?
Hah.. Jom baca. Kot-kot ada tapi tak sedar.Minggu lepas saya terima satu kes home visit referral dari KPJ Puteri. Jadi saya melawat ibu yang ada masalah breast engorged and blocked duct.
Hampir 4 jam juga di rumah ibu bantu clearkan blocked duct, ajar ibu cara marmet, bantu ibu perbetulkan position menyusu waktu duduk dan baring.Alhamdulillah ketulan pada breast ibu mula surut dan hilang.
Dan ibu tunjuk di bahagian bawah ketiak kiri dan kanan ada benjolan yang bila dipicit keluar susu.Mula-mula saya sangkakan nanah. Tapi bila bau dan rasa, memang susu. Exactly susu ibu!Saya tak pernah nampak dan tak pernah belajar juga.
Saya teruja sampi rakam video dan ambil gambar (tapi maaf saya tak siarkan di sini sebab fikirkan aurat ibu. Saya attach gambar yang lebih kurang).
Jadi kenalah tanya yang lebih pakar. Maka soalan terus dirujuk kepda Dr Hairin Anisa dalam group BCNP Johor.’BREAST ACCESSORIES’ – kata doktor.Apa tu? Kami kaunselor yang lain pun terpinga-pinga. Hehe.
Breast accessories ni macam breast ‘tambahan’ yang ada tisu, kelenjar, puting semua (tapi putingnya tak sempurna). Dan breast ‘tambahan’ ni juga boleh mengeluarkan susu macam breast yang original.
Breast accessories ni boleh ada di ketiak, atas dada atau bahagian atas pusat. Dia boleh berada di ‘milk line’ (rujuk gambar).So memang ada ibu yang kena mastitis di bahagian breast ‘tambahan’ ini.
Kalau ikut Dr Anisa, if ibu rasa tak selesa dan menyusahkan bila ada drain kat kawasan situ, ibu boleh buat pembedahan untuk buang tisu breast ‘tambahan’ tu. Ilmu yang baru untuk saya dan rakan-rakan kaunselor yang lain.
Saya takkan jumpa semua ni kalau tidak melalui pengalaman seperti ini.Sebelum ni saya pernah jumpa ibu yang tak boleh menghasilkan susu kerana severe IGT (insufficient glandular tissue).
Mujurlah IGT ni ada juga belajar jadi tak lah gelabah sangat.Breast accessories ni memang baru bagi saya. Mungkin orang lain dah biasa. Jadi saya share untuk kawan-kawan yang belum tahu lagi.
Semoga bermanfaat. P/s: Baru sempat nak buat posting ni waktu otw ke massage course di HKL. Siapa yang join course ni roger sikit please.
Nad Masrom, Kaunselor Laktasi Suka Massage