Ada beza ke rate bil api air di bandaraya dan pinggir bandar?

Tempat aku tinggal sekarang ni sudah bertaraf bandar. Tapi sebab aku nak compare dengan bandaraya JB, so aku just state sebagai pinggir bandar sahajalah.
Ni cuma pengalaman kami membayar bil selama lebih kurang 2 tahun. Aku tak tahu kadar bil di bandaraya dengan bandar ni ada beza atau tak. Tapi dari segi nilai duit untuk bayar bil dengan penggunaan rasanya ada beza.
Kalau dulu kat JB, aku stay dengan housemate aku. Suami aku kadang-kadang je datang. Bil api air bulanan untuk rumah sewa kami masa tu lebih kurang RM130++. Masa tu aku tak pakai astro atau wifi dan sebagainya. Cuma ada broadband Celcom yang tiap-tiap bulan kena bayar RM68. So total semua lebih kurang RM200. Housemate aku cuma sewa bilik. Jadi sewa bil api air aku ambil dari dia cuma RM50 sahaja. Selebihnya aku yang bayar. Rasa macam agak mahal la juga kan RM150 untuk bil api air dan broadband setiap bulan.
Then, bila dah pindah Kulai, dah masuk bulan ketiga, setakat ni bil bulanan kami bayar lebih kurang RM200++. Tapi, nilai ini untuk bayaran bil api, bil air, bil telefon, internet, dan astro.
Rumah sewa kami sekarang dihuni aku, suami, dan adik lelaki aku. Dalam kebanyakkan waktu juga, anak-anak buah aku akan datang tido rumah sewa kami berhari-hari. Penggunaan air dan elektrik aku rasa memang maksimum di sini berbanding di JB dulu. Tapi aku rasa, bil-bil kami sekarang dengan tambahan telefon rumah, internet, dan astro jauh lebih murah berbanding di JB, kot. Mungkin bezanya pada bil api dan air. Kalau di JB, bil air sebulan RM30, bil api paling rendah sebulan dalam RM80 dan paling tinggi lebih kurang RM100.
Dibandingkan dengan di Kulai, bil air sebulan tak sampai RM10 dan bil elektrik tak sampai RM40. Mungkinkah meter rumah sewa kami di JB itu sudah dimamah usia dan menyebabkan bil kami lebih mahal berbanding di sini? Aku dah pernah juga tanya jiran-jiran di JB. Rata-rata memang rate bil api air dalam lingkungan tu. Atau adakah meter air dan elektrik kami dipintas/dicuri? Wallahua’lam.
So, ada beza ke kadar bayaran bil api air di bandar dan pinggir bandar? Mungkin nak kena refer SAJ atau TNB ni untuk lebih kepastian 🙂
Apa-apa pun, aku bahagia dapat pulang ke kampung halaman sendiri. Biarlah tak ada apa sangat pun di sini, tapi aku gembira. Syukur Alhamdulillah 🙂

Sent from my iPhone