Pelbagai Jenis Minuman Dan Makanan Yang Dipercayai Boleh Boost Penghasilan Susu Ibu

Akhir-akhir ni, dalam kebanyakan group penyusuan, viral pelbagai jenis minuman dan makanan yang dipercayai boleh boost penghasilan susu ibu.

Apa sahaja yang dikongsi terus dibuat tanpa fikirkan kesan kepada bayi. Ya betul, memang kebanyakan makanan boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.

Tapi kena ingat juga, bayi kita berbeza. Dan kesan alerginya juga berbeza. Ada bayi yang ok2 sahaja. Tapi ada bayi yang dapat side effect dari pemakanan ibu seperti: eczema, batuk, berkahak, kembung perut dan sebagainya.


Jadi, mommies kenalah alert dengan jenis makanan yang diambil sama ada beri kesan kepada bayi atau pun tidak.☺️
Sekiranya mommies perhatikan bayi mengalami alahan, mommies boleh cuba stopkan dahulu pengambilan makanan tertentu selama 2-3 minggu (kurang dari tempoh ini biasanya tidak berkesan). Dan sekiranya kesan alahan hilang, makanan tertentu itulah yang menjadi punca alahan bayi.

Perhatikan jenis alahan yang dialami. Bukan semua bayi mengalami alahan yang sama. Ada bayi bila ibu makan makanan A tak berkahak tapi jadi gassy. Ada bayi lain pula mudah berkahak. Setiap bayi itu unik. Hanya ibu sahaja yang mengetahui perubahan bayi masing-masing.
So Kak Nad share jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan alergi kepada bayi. Boleh refer setiap gambar jenis makanan dan kesan kepada alahan tertentu.
Semoga membantu.

Salam Penyusuan Susu Ibu dari;
Nad Masrom
Your Breastfeeding Peer Counselor