You are currently viewing Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan relaktasi

Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan relaktasi

Relaktasi bukannya mudah. Untuk menjayakan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor termasuklah usia bayi, kuantiti pengeluaran susu,tempoh bayi menyusu, dan kesediaan ibu untuk melakukan relaktasi.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN RELAKTASI.

Doa Untuk Orang Sakit, Pernah Dilafalkan Nabi Muhammad SAW - Tribun Manado
USIA BAYI.
  • Ibu perlu memujuk bayi untuk kembali menyusu pada payudara ibu.
  • Ibu perlu mencetuskan penghasilan susu ( jika susu sudah tiada ), atau meningkatkan penghasilan susu ( jika susu ibu berkurangan ).
  • Usia bayi 6 bulan ke bawah adalah usia yang terbaik untuk kejayaan relaktasi.
KUANTITI PENGELUARAN SUSU SEBELUM BERHENTI.
  • Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berenti menyusu dahulu,kemungkinan menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
  • Jika bayi berenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mengeluarkan susu kerana kekurangan susu dahulu disebabkan kesilapan teknikal.
TEMPOH LAMA BAYI BERHENTI MENYUSU DARIPADA IBU.
  • Lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih usia untuk kembali menyusu pada payudara ibunya kerana bayi sudah biasa dan selesa dengan penyusuan botol dan susu formula.
  • Ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif, tetapi sekurang-kurangnya penyusuan sedikit lebih baik daripada tiada langsung.
TEMPOH LAMA BAYI MENYUSU PADA PAYUDARA IBU.
  • Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif selama 16 minggu (empat bulan).
  • Paling minima adalah 8 minggu (dua bulan) , ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.
KESEDIAAN IBU.
  • Memerlukan kekuatan dan semangat yang kuat daripada seorang ibu.
  • Ibu perlu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam supaya tiada gangguan atau bunyi bising.
  • Ibu perlu mengambil masa untuk mendakap, membelai, dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra.
  • Jika bayi menolak payudara ibu, jangan putus asa, bersabar dan cuba lagi. Jangan memaksa bayi takut bayi akan stress.

Sumber penulisan ini didapati daripada Penyusuan Ibu Cetusan Laktasi dan Relaktasi. Semoga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada para ibu di luar sana.